Momen Manis GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl - Glam Malaysia

Momen Manis GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl

GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl berakhir dengan sesi pengalaman wangian istimewa bersama Beauty Connoisseur, Shaza Bae.

Buat julung kalinya, GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama jenama wangian yang cukup dikenali dalam kalangan ahli GBC. Eksklusif buat ahli GBC yang terpilih untuk 4 sesi berbeza ini, mereka berpeluang untuk menghadirkan diri ke ruang Pop-Up Carolina Herrera yang ditempatkan di Main Entrance Pavilion Kuala Lumpur.

Glam Beauty Club X Carolina Herrera

Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman berkongsi cerita mengenai wangian baharu Good Girl Blush.

Selain mengenali lebih dekat barisan ikonik Good Girl, Carolina Herrera juga memperkenalkan edisi terkini iaitu Good Girl Blush Eau de Parfum. Wangian ini adalah ledakan kontras berani melalui aroma sensual nan feminin. Carolina Herrera terus dalam misi penerokaan semangat wanita kontemporari menerusi keluaran wangian baharu ini. Tiga nota manis serba sensual antara aroma vanila, bunga Peony dan Ylang Ylang mencetus tindakbalas tenaga romantisme.

Shaza Bae

Beauty Connoisseur untuk GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl, Shaza Bae

Setiap sesi yang dihadiri ahli GBC turut ditemani Beauty Connoisseur aktres cantik, Shaza Bae. Menurut Shaza, dia mengenali barisan Good Girl ini menerusi reka-bentuknya yang ikonik yakni berbentuk sepatu tinggi. Terserlah semangat kekuatan wanita! Aroma Good Girl Blush Eau de Parfum yang manis dan powdery ini sesuai dengan personalitinya.  Di ruang Pop-Up ini juga, ahli GBC berpeluang memenangi sampel wangian dan melakukan aktiviti olfaktori di setiap sudut yang tersedia.

See also
Tips Memilih Haruman

Good Girl Blush Eau de Parfum

Ahli GBC tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga membawa pulang hadiah saguhati pemberian Carolina Herrera bernilai RM250. Buat anda yang terlepas untuk berkunjung ke Pop-Up Carolina Herrera Good Girl, anda boleh layari Sephora Malaysia.

Artikel berkaitan Sesi pengalaman wangian GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl