fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dimensi Baru Untuk Ritual Skin Caviar
Selamat Tinggal Kekasih Gelapku, Blackheads!
Coolest Celebrity Manicures
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kemegahan Lancôme di Pavilion KL!
5 Eyeshadow Palettes Untuk Bold Eye Makeup Yang Memukau
Home > Cantik > Fresh Off Vouge, Elle Fanning Dilantik Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris

Fresh Off Vouge, Elle Fanning Dilantik Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris

It has been a pleasure untuk menyaksikan Elle Fanning membesar di depan mata dunia sejak dia menceburi bidang hiburan ketika dia hanya berusia dua tahun.

 

Gadis tinggi lampai ini bukan sahaja disayangi dalam dunia lakonan malah digilai oleh industri fesyen. Dia sudah pun membintangi kempen untuk beberapa nama besar seperti Tiffany & Co., Miu Miu, dan Marc by Marc Jacobs.

 

Kini dia bakal menyertai barisan jurucakap global untuk jenama kecantikan L’Oréal Paris seperti Blake Lively, Naomi Watts, Maria Borges, dan Thylane Blondeau.

 

“Rasa teruja tidak boleh menjelaskan betapa gembiranya saya untuk menjadi jurucakap L’Oréal Paris. L’Oréal Paris sentiasa mengekalkan keseimbangan antara kreativiit dan kecantikan. Instagram dan L’Oréal — saya berasa sangat teruja!” nyata Fanning dalam satu kenyataan.

 

Fanning akan menjalankan tugas pertamanya sebagai jurucakap L’Oréal Paris sewaktu Festival Filem Cannes di mana jenama ikonik ini telah menjadi salah satu penaja untuk festival ini selama 20 tahun.

 

“Elle merupakan pilihan yang betul untuk jenama ini untuk mengetengahkan cinta kami kepada keacantikan dan pawagam. Dia juga melambangkan muka generasi baru sebagai pelakon yang berjaya dan juga sebagai kanvas untuk jurusolek,” terang Presiden Global L’Oréal Paris, Pierre Emmanuel Angelou.