Cahaya Tumpuan Wajah
Menjulang kejayaan penyelidikan Sisley dengan Phyto-Blanc. Glam ke Thailand baru-baru ini bersama Sisley Paris untuk menghadiri pelancaran Phyto-Blanc Le Concentré Pure Bright Activating Serum, berlokasi di Hotel Mandarin Oriental, Bangkok.
Turut meluangkan masa bersama Nicolas Chesnier, Pengarah Urusan Serantau Asia Pasifik Sisley dan menyaksikan pembentangan daripada Jose Ginestar, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Sisley; tentang produk terbaru mereka. Serum ini mempunyai kebolehan untuk mencerahkan kulit sebagai intensif baru yang mendedahkan ketelusan semula jadi kulit. Buat kali pertama, Sisley Research telah mengambil inspirasi daripada mekanisme semula jadi untuk menyediakan daya bersatu padu untuk mencerahkan kulit wajah. Menerusi beberapa fokus tindakan yang disasarkan untuk kulit bercahaya, seperti penggunaan bahan aktif Myrobolan Mesir dan tindakan biomimetik di mana ekstraknya mampu mengurangkan pengeluaran melanin.
Selain itu, Sisley Research juga telah menggunakan bahan aktif seperti Ekstrak Pea Peptide, Ekstrak Thyme yang meliar, Hexylresorcinol, dan Vitamin B3 yang mampu melawan bintik-bintik gelap pada permukaan kulit. Dengan dunia yang semakin moden, kulit wajah juga terdedah dengan pelbagai jenis risiko dan pencerobohan luaran seperti pencemaran udara, cahaya UV, faktor gaya hidup seperti tekanan, merokok, dan lain-lain lagi. Sisley Research juga telah menjalankan penyelidikan ke atas wanita-wanita di antara umur 21 tahun hingga 58 tahun di bahagian Asia dan Afrika; untuk memastikan hasil keberkesanan penggunaan selepas beberapa minggu.
Inovatif dari Sisley dengan serum terbaru Le Concentré ini menjadi pelengkap untuk barisan Phyto-Blanc daripada Sisley Paris sebagai rutin kecantikan yang berkesan untuk melindungi kulit daripada ketidakseimbangan faktor-faktor luar. Phyto-Blanc Le Concentré Pure Bright Activating Serum ini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1380 untuk 20ml. Lihat foto-foto di bawah buat visual lebih lanjut tentang pelancaran produk ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT
Jun 02, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

