Beauty Blender Atau Berus: Mana Satu Terbaik Untuk Kulit Flawless? - Glam Malaysia

Beauty Blender Atau Berus: Mana Satu Terbaik Untuk Kulit Flawless?

Pemilihan alat aplikasi bedak asas yang tepat boleh memberi perbezaan besar pada hasil akhir solekan anda. Antara beauty blender dan berus bedak, Mari kita lihat yang mana terbaik!

Kulit lebih natural dan flawless!

Beauty blender atau dikenali sebagai span solek memberikan hasil yang sangat natural dan seamless. Teknik bouncing atau tepuk-tepuk yang digunakan membantu bedak asas cecair meresap dengan baik ke dalam kulit, menghasilkan coverage yang merata tanpa nampak tebal atau cakey. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mahukan hasil makeup yang kelihatan seperti kulit sendiri.

Mudah Digunakan

Jika anda baru hendak berjinak dalam dunia solek, beauty blender adalah pilihan yang lebih mudah. Anda hanya perlu basahkan span, perah hingga lembap, kemudian tepuk-tepuk bedak asas cecair pada wajah. Teknik ini lebih mengurangkan kekurangan pada kulit berbanding menggunakan berus yang memerlukan teknik tertentu. Bahagian runcing beauty blender sangat berguna untuk kawasan-kawasan kecil seperti sekitar hidung, sudut mata, dan bahagian bawah mata. Ia dapat menjangkau kawasan yang sukar dicapai dengan berus. Beauty blender cenderung menyerap lebih banyak produk, jadi anda mungkin perlu menggunakan bedak asas cecair lebih banyak. Ia juga memerlukan pembersihan yang kerap dan perlu diganti setiap 3-4 bulan untuk mengelakkan bakteria.

See also
Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah?

Liputan Wajah Lebih Buildable Jika Bersama Berus!

Menurut jurusolek profesional, jika menggunakan berus bedak asas cecair memberikan coverage yang lebih buildable. Jika anda memerlukan coverage yang lebih tebal untuk menyamarkan jerawat atau parut, berus adalah pilihan yang lebih baik. Anda boleh membina coverage mengikut keperluan. Berbanding beauty blender, berus tidak menyerap banyak produk. Ini bermakna anda boleh menggunakan bedak asas cecair dengan lebih jimat dan produk anda akan bertahan lebih lama. Berus bedak asas cecair berkualiti baik boleh bertahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik. Ia lebih ekonomikal dalam jangka masa panjang. Namun, jika menggunakan berus memerlukan teknik yang betul untuk mengelakkan streaks atau brush marks pada wajah. Ia juga boleh kelihatan lebih heavy jika tidak diaplikasikan dengan betul.

Beauty Blenders

Jadi, Mana Satu Terbaik?

Jawapannya bergantung pada keperluan anda. Jika anda mahukan hasil yang natural, dewy, dan seamless, beauty blender adalah pilihan terbaik. Ia sesuai untuk penggunaan harian dan makeup yang ringan. Sebaliknya, jika anda memerlukan coverage yang lebih tinggi, mahukan jimat produk, dan tidak kisah meluangkan masa untuk menguasai teknik, berus bedak asas cecair lebih sesuai. Ramai makeup artist profesional juga menggunakan kombinasi kedua-duanya untuk hasil yang optimum.

See also
Ketahui 3 Ilham Solekan Raya Terkini Bersama NARS

Berus Bedak Asas Cecair

Tips Mengekalkan Ketahanan Bedak Asas Sepanjang Hari

1. Mulakan Dengan Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul

Bersihkan muka dengan teliti, kemudian sapukan toner, serum, dan moisturizer. Tunggu 5-10 minit untuk setiap produk meresap sepenuhnya sebelum mula mekap.

2. Gunakan Primer

Primer adalah kunci untuk bedak asas tahan lama. Pilih primer mengikut jenis kulit anda seperti mattifying primer untuk kulit berminyak, hydrating primer untuk kulit kering.

3. Teknik Aplikasi Yang Betul

Sapukan bedak asas cecair dalam lapisan nipis dan bina coverage secara beransur-ansur. Jangan sapukan terlalu tebal sekaligus kerana ia akan mudah crack dan luntur.

4. Set Dengan Powder

Gunakan translucent powder atau setting powder pada kawasan yang mudah berminyak seperti T-zone. Teknik baking juga boleh digunakan untuk kawasan yang memerlukan extra staying power.

5. Setting Spray Adalah Wajib

Selepas mekap siap, semburkan setting spray untuk mengunci kesemua produk. Pilih setting spray yang sesuai dengan jenis kulit dan hasil yang anda mahukan seperti matte atau dewy.

See also
Lagu Mariah Carey Jadi Lagu Rasmi Kempen Terbaru SK-II

6. Blotting Paper untuk Touch Up

Bawa blotting paper untuk menyerap minyak berlebihan sepanjang hari tanpa menambah lebih banyak powder yang boleh menyebabkan makeup nampak cakey. Dengan pemilihan alat yang tepat dan teknik aplikasi yang betul, foundation anda pasti akan kelihatan flawless dan tahan seharian!

Artikel berkaitan Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan