Tiru solekan ‘unreal glow’ gaya Zendaya! Terokai langkah demi langkah daripada MUA Ernesto Casillas dan rahsia produk Prada Beauty pilihan beliau.
Kemunculan fashion & beauty icon terkemuka, Zendaya, di karpet merah tayangan perdana The Odyssey di New York sekali lagi membuktikan dominasi estetikanya. Mempertaruhkan sentuhan solekan yang sarat keanggunan semula jadi, gaya ‘unreal glow’ miliknya pantas menjadi perbualan hangat dalam kalangan pencinta kecantikan tempatan dan antarabangsa. Tangan ajaib di sebalik kejelitaan ini tidak lain tidak bukan ialah jurusolek rasmi beliau, Ernesto Casillas. Menggunakan seleksi lengkap daripada Prada Beauty, Ernesto berkongsi teknik eksklusif bagi menghasilkan tata rias yang tampak effortless, segar, dan bercahaya dari dalam.


1. Skin Prep Kunci Utama Kilauan Luxe


Eksklusiviti solekan yang tahan lama dan tampak mulus sentiasa bermula dengan persediaan kulit yang sempurna. Ernesto memulakan langkah dengan menyapu Prada Augmented Face Serum bersama Prada Augmented Skin Moisturizer. Gabungan skincare-infused ini mengunci kelembapan mendalam, sekali gus memberi kanvas kulit yang plump dan bersedia menerima lapisan solekan tanpa kelihatan bercapuk.
2. Complexion Ringan & Mulus


Elak litupan yang terlalu tebal untuk mendapatkan kemasan second-skin. Jurusolek kesayangan selebriti ini melipatgandakan kesan semula jadi dengan mencampurkan Prada Reveal Skin Optimizing Foundation bersama beberapa titis serum. Teknik Aplikasi, baurkan adunan bedak asas menggunakan span lembap secara lembut. Sentuhan Akhir Oleskan Prada Micro Correcting Blurring Concealer secara minima pada bawah mata dan sekitar hidung untuk menyamarkan ketidaksempurnaan serta memberi dimensi cerah yang sekata.
3. The Boyish Sun-Kissed Blush


Elemen paling memikat pada penampilan Zendaya kali ini ialah kehangatan pemerah pipinya yang teradun flawless. Layangkan Prada Touch Blush rona Caffè bermula dari bahagian pipi, ditarik menghala ke atas pelipis, dan disapu nipis merentasi batang hidung untuk mencipta efek natural sun-kissed. Lapiskan rona Cherry secara berhati-hati pada puncak tertinggi tulang pipi untuk membangkitkan ilusi seri yang segar dan dinamik.
4. Stained & Dewy Lips

Menyempurnakan aura glamor moden, bahagian bibir diberi sentuhan minima namun kekal chic. Ernesto memadukan Prada Moisturizing Lip Balm shade Astral Pink untuk kelembapan ekstra, kemudian ditepuk halus dengan sisa pemerah pipi pada bahagian tengah bibir bagi menghasilkan efek stained lips yang menggoda.
Solekan yang memukau tidak memerlukan produk yang tebal cukup dengan teknik layering yang betul, persediaan kulit yang rapi, serta adunan tekstur berkrim untuk mencipta pesona anggun yang tak lapuk dek zaman!
Artikel berkaitan: Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
