Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioYour best skin starts with the peel! Explorasi menyeluruh kaedah exfoliate kulit muka adalah rahsia kulit secantik bintang ternama.
Tidak selamanya kekal dalam formasi kulit sempurna. Apabila umur semakin meningkat, kulit memerlukan bantuan segera. Pakar dermatologi, Dr. Dennis Gross setelah membuat kajian beberapa tahun dalam biologi sel dan kesihatan kulit berpendapat bahawa kolagen pada kulit mula berkurangan ketika berumur pertengahan 20-an.
Jika kulit wajah kering pula menyumbang kepada penuaan dengan cepat. Oleh itu, lebih baik mencegah sebelum ia kelihatan. Solusi terbaik adalah melalui produk penjagaan kulit Dr.Dennis Gross yang mengandungi formula aktif dalam memberi kesan kulit bersinar dan sihat secara efektif. Bukan sahaja kulit muka, perjagaan kulit tubuh badan turut diberi perhatian serius menurutnya.
GLAM sempat bersua-muka bersama Dr.Dennis Gross secara iVent untuk mengetahui rahsia dan tip bagaimana untuk memiliki kulit muka persis selebriti A-List seperti Chrissy Teigen dan cara penggunaannya.

Kenapa Alpha Beta Daily Peel wajib digunakan dalam rutin penjagaan kulit?
Kulit muka yang mempunyai pelbagai masalah adalah disebabkan lapisan sel mati dah berada pada permukaan kulit. Oleh itu, Alpha Beta Daily Peel sangat disarankan kerana ia dihasilkan tiga jenis mengikut kesesuaian jenis kulit antaranya Ultra Gentle, Universal dan Extra Strength. Jika kulit jenis berminyak dan punya komplikasi ketara, pilihlah Extra Strength, jika kulit jenis sensitif, kering dan tidak pernah melakukan proses pengelupasan, pilihlah Ultra Gentle dan kulit jenis pertengahan hiper pigmentasi sesuai memilih Universal.

Apakah solusi terbaik untuk masalah kulit jenis Keratosis Pilaris?
Keratosis Pilaris adalah masalah kulit badan yang mempunyai tompok kering dan permukaan kulit menjadi kasar dan keras. Namun, ianya tidak memberbahaya. Oleh itu, Alpha Beta Exfoliating Body Treatment diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah secara di rumah. Mengandungi AHAs ( Glycolic Acid, Lactic Acid dan Citric Acid) dan BHAs (Salicylic Acid), Exfoliating Enzymes (Bromelain dan Papain), Biodentical Hydrators (Hyaluronic Acid, Squalane, Saccharide, Isomerate, Phospholipids, Copper PCA dan Zinc PCA dan terakhir Bakuchiol. Bahan aktif membantu setiap jenis masalah kulit.
Bolehkah Alpha Beta Exfoliating Body Treatment digunakan selepas rawatan waxing?
Boleh tetapi selepasa dua hari rawatan waxing. Ini kerana kulit yang telah melalui rawatan dikhuatiri berada dalam keadaan lembut dan rapuh. Biarkan selama dua hari sebelum menyapu Alpha Beta Exfoliating Treatment.

Artikel berkaitan Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


