Temui Rangkaian East-West Bag Yang Kian Meniti Arus Fesyen
Prada Karin Medium Antiqued Leather Tote Bag, Ferragamo Hug East-West Shoulder Bag, Loewe Amazona 31 Cropped Bag In Shiny Calfskin, The Row Terrasse To-Go Bag, Tory Burch Ella East West Tote dan Coach Empire Carryall Bag 34 adalah antara East-West bag yang menjadi bualan dunia fesyen kini.
Kini, tidak lagi asing apabila individu menjadikan aksesori pilihan sebagai titik tumpu pada penampilan masing-masing. Musim ini, perhatian dunia fesyen beralih kepada west-east bag atau dikena bersama bentuk memanjang serta tali bahu yang halus. Dengan bentuknya yang langsing dan elegan, ia membuktikan bahawa kemewahan tidak semestinya hadir dalam rekaan yang sarat, sebaliknya terserlah menerusi garis yang bersih dan perincian yang teliti. Kebangkitan semula siluet ini turut seiring dengan kembalinya pengaruh era 90-an dan Y2K yang terus mencorakkan landskap fesyen hari ini. Daripada pentas peragaan sehinggalah ke gaya jalanan selebriti dan IT Girl, tas tangan East-West menjadi pelengkap yang menyuntik gaya pada setiap penampilan anda, sama ada dipadankan bersama gaun yang romantis mahupun denim kegemaran anda. Tidak hairanlah ia kini menjadi antara aksesori yang paling diingini musim ini. GLAM kongsikan rangkaian pilihan East-West beg yang wajar menghuni koleksi aksesori anda!
Ini Pilihan Beg Tangan East-West Yang Sedang Mewarnai Dunia Fesyen!
Prada – Karin Medium Antiqued Leather Tote Bag


Prada Karin Medium Antiqued Leather Tote Bag membawa estetika sofistikated dan kontemporari menerusi kemasan kulit antiqued yang memberikan sentuhan vintaj eksklusif pada siluet modennya. Rekaan geometri yang memanjang dan kemas menyatukan elemen keanggunan dan gaya minimalis serta dihiasi dengan pengancing logam. Pemegang panjang menawarkan gaya yang lebih praktikal dan bersahaja, manakala tali bahu boleh tanggal serta boleh laras memberikan fleksibiliti untuk digayakan mengikut citarasa. Dilengkapi logo segi tiga enamel Prada di bahagian hadapan, penutup zip dan lapisan nilon bercetak logo bersama poket berzip, beg ini mencerminkan keseimbangan sempurna antara warisan klasik, inovasi dan fungsi moden.
Ferragamo – Hug East-West Shoulder Bag


East-West Hug Bag daripada jenama mewah Ferragamo menampilkan interpretasi moden terhadap sisi feminin yang elegan menerusi siluet langsing dan perincian berstruktur lembut. Rekannya yang memanjang diserlahkan dengan bahagian sisi berlekuk yang membentuk beg tangan tersebut, manakala kemasan pengancing keemasan memberikan sentuhan eksklusif yang halus. Diperbuat daripada kulit calfskin berkualiti tinggi dari Itali, beg ini direka dengan tekstur ringan dan fleksibel yang selesa terletak pada tubuh. Ruang dalamannya menampilkan kemasan warna kontras yang mencipta keseimbangan visual, menjadikannya aksesori ideal yang memadukan keanggunan moden, fungsi dan daya tarikan feminin.
Loewe – Amazona 31 Cropped Bag In Shiny Calfskin


Loewe Amazona Bag menampilkan bentuk klasik yang diberi nafas baharu menerusi rekaan elongated bowling bag yang lebih memanjang dan moden. Diperbuat daripada kulit calfskin, beg tangan ini menyerlahkan kemasan mewah dengan perincian ikonik seperti padlock khas Loewe serta logo Anagram timbul yang menghiasi permukaannya. Dilengkapi pemegang panjang berstruktur yang membolehkan ia digayakan di bahu atau dibawa dengan tangan, Amazona turut dilengkapi dengan penutup zip bersama tarikan kulit, satu poket dalaman, kaki logam pelindung di bahagian bawah serta lapisan suede keemasan yang memberikan sentuhan eksklusif.
The Row – Terrasse To-Go Bag


The Row Terrasse Bag ditawarkan dengan rekaan bahu berstruktur lembut yang menampilkan keindahan minimalis menerusi kulit lambskin bertekstur halus. Siluetnya yang memanjang dihiasi dengan tali bahu rata yang langsing, sudut atas berlekuk serta tapak rata yang memberikan bentuk rapi dan elegan. Sebagai evolusi daripada rekaan Terrasse terdahulu, versi baharu ini hadir dengan bentuk yang diperbaharui serta perincian lebih halus. Menyatukan estetika quiet luxury dengan prakitikaliti harian, beg tangan ini menjadi pilihan sempurna buat anda yang ingin mencuba trend East-West bag namun mengekalkan kemudahan harian bersama ruang dalaman yang luas.
Tory Burch – Ella East West Tote


Ella East West Tote daripada jenama mewah Tory Burch menampilkan bentuk memanjang yang berkelas dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi dengan kemasan yang memberikan penampilan sofistikated namun mudah digayakan untuk rutin harian. Siluetnya yang luas menawarkan ruang penyimpanan yang praktikal, menjadikannya teman ideal untuk wanita yang sentiasa sibuk. Dihiasi dengan logo ikonik Tory Burch di bahagian hadapan, rekaannya yang minimalis menyerlahkan estetika bersahaja tetapi tetap berkelas. Sama ada digayakan bersama pakaian kerja mahupun helaian kasual hujung minggu, beg tangan ini melengkapkan penampilan dengan pesona minimalis yang tersendiri.
Coach – Empire Carryall Bag 34


Coach Empire Carryall 34 membawa nafas vintaj menerusi siluet memanjang yang diinspirasikan oleh gaya bandar New York. Ia dihasilkan daripada kulit lembut yang melalui proses tumbled untuk menghasilkan tekstur mewah serta kemasan berkilat. Bahagian dalamnya yang luas menawarkan ruang penyimpanan optimum bersama poket multifungsi untuk menyusun barangan kecil, selain tali dogleash lanyard bagi memastikan barangan anda kekal tersimpan kemas. Disempurnakan dengan butang dalaman yang membolehkan bahagian sisi dikembangkan serta tali panjang dan langsing yang selesa digayakan di bahu, Empire Carryall 34 menjadi pilihan sempurna buat wanita yang mengutamakan gaya chic tanpa mengabaikan fungsi.
Artikel berkaitan: Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
