Uniqlo Memilih J.W. Anderson Untuk Kolaborasi Terbaru Mereka
Jonathan Anderson merupakan pereka fesyen terbaru yang dijemput oleh jenama fesyen terbesar Jepun Uniqlo untuk bekerjasama menghasilkan magic seperti yang pernah dilakukan oleh Carine Roitfeld, Jil Sander, Christophe Lemaire, dan juga Inès de la Fressange.

Dengan kolaborasi sebegini dan stail timeless Uniqlo yang unik, jenama fesyen ini mampu melonjakkan namanya jauh daripada label fast fashion.
Anderson akan mereka satu koleksi kapsul dengan sentuhan tradisi British Isles untuk pakaian lelaki dan wanita Uniqlo. Koleksi ini dijangka akan berada di pasaran menjelang musim luruh 2017.
Anderson juga merupakan pengarah kreatif untuk jenamanya sendiri dan juga Loewe.
“Kolaborasi adalah sangat penting dalam rekaan. Apabila saya fikirkan Uniqlo, saya membayangkan benda-benda yang dihasilkan dengan sempurna, yang orang sudah meluangkan banyak masa untuk menghasilkannya; ianya tugas yang sukar, dan saya rasa Uniqlo melaksanakannya dengan sangat baik,” terang Anderson dalam satu kenyataan.
“Bekerjasama dengan Uniqlo mungkin merupakan landasan paling demokratik dalam dunia fesyen, dana saya berasa gembira rekaan saya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, tidak mengira taraf.”
Lima tahun yang lalu, Anderson pernah berkolaborasi dengan Topshop untuk menghasilkan koleksi aksesori dan pakaian wanita dan koleksi tersebut laris dijual dalam sekelip mata.
Wow us, Anderson.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
