Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPop-up Dior di Pavilion KL menghidupkan dunia penuh imaginasi menerusi koleksi Fall 2026 dan Dioriviera, diperkaya dengan sentuhan Versailles serta pesona era Marie-Antoinette.
Mengambil tempat di Pavilion Kuala Lumpur, Dior mempersembahkan sebuah destinasi yang mengajak pengunjung memperlahankan langkah dan menikmati dunia yang dibina dengan suntikan imaginasi, warisan serta keindahan. Bersempena ketibaan koleksi Fall 2026 dan Dioriviera hasil sentuhan kreatif Jonathan Anderson, rumah fesyen mewah ini tampil dengan pop-up eksklusif di tengah-tengah Pavilion KL, mengubah ruang runcit menjadi sebuah pengalaman yang melangkaui konsep membeli-belah biasa. Setiap sudutnya mengundang pengunjung melangkah ke dalam ruangan yang penuh pesona, warna dan suasana whimsical yang lahir daripada imaginasi Dior.

Dior Pop-Up Pavilion KL Menghidupkan Semula Pesona Istana Versailles
Diilhamkan daripada Istana Versailles yang sering menjadi sumber rujukan kreatif buat Christian Dior, ruangan eksklusif ini dibaluti dengan palet biru dan hijau yang lembut serta menenangkan. Kemasan panel dinding yang elegan serta lantai parket corak herringbone pula membangkitkan suasana yang mengingatkan kepada kemegahan kediaman diraja Perancis, namun diterjemahkan dalam pendekatan yang lebih kontemporari. Ia hadir dengan persekitaran yang intim dan sofistikated, lantas membawa pengunjung menelusuri sebuah salon fesyen yang terletak di tengah kota.

Sentuhan yang paling mencuri perhatian hadir menerusi elemen dekoratif yang diinspirasikan oleh semangat riang dan mewah era Marie-Antoinette. Deretan dekoratif kek berwarna-warni yang dihasilkan secara teliti menggunakan material kaca dan seramik oleh para artisan menghiasi rak-rak pameran, lalu menjadikan ruang ini kelihatan seperti sebuah fantasi yang hidup. Sebahagian daripada karya ini turut berputar perlahan di atas tiang utama, menghasilkan gerakan yang pastinya mencuri pandangan dan memberikan dimensi dinamik kepada keseluruhan ruang. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi simbol kepada dunia Dior yang sentiasa meraikan kreativiti, kemewahan dan kegembiraan dalam bentuk yang tidak dijangka.

Disebalik latar yang mempesonakan ini, koleksi Fall 2026 dan Dioriviera turut diperkenal melalui himpunan yang memperlihatkan dialog antara nostalgia dan pembaharuan. Antara sorotan utama termasuk interpretasi baharu tas tangan ikonik Lady Dior yang dihiasi sulaman butang kecil, selain pilihan koleksi ready-to-wear dan deretan aksesori mewah yang memperkayakan pengalaman tersebut. Selain itu, corak cetakan yang berani, beg harian yang praktikal, kasut sukan berona ceria serta beg charm yang cukup playful antara item fesyen yang juag boleh diterokai. Berlangsung hanya dari 15 Jun hingga 7 Ogos 2026, pop-up Dior menjadi pentas kepada pertemuan antara fesyen, seni dan imaginasi, sekali gus memperlihatkan bagaimana label mewah itu terus menafsirkan kemewahan dalam cara yang segar dan penuh daya tarikan.
Artikel berkaitan: Sentuhan Hollywood Klasik Buat Pertunjukan Dior Cruise 2027
Artikel Berkaitan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
