Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioBagi penutup tirai koleksi Spring/Summer 2026, Fauré Le Page memperkenalkan First Page, sebuah beg tangan yang meraikan permulaan baharu sambil mengekalkan warisan jenama Paris yang telah bertapak sejak awal abad ke-18.
Diasaskan di tengah-tengah kota Paris, Fauré Le Page terkenal sebagai pembuat senjata kepada golongan diraja Perancis selama tujuh generasi sebelum berkembang menjadi simbol kemewahan, art de vivre dan ketukangan Perancis yang luar biasa. Hari ini, warisan dan sejarah tersebut diterjemahkan lagi dalam bentuk aksesori moden yang menggabungkan fungsi dan estetika moden.

Seperti namanya, First Page diilhamkan daripada helaian pertama sebuah novel, melambangkan permulaan kepada setiap perjalanan dan kisah baharu. Direka sebagai beg tangan versatil untuk kegunaan harian dan dihasilkan menggunakan Scale Canvas ikonik Fauré Le Page bersama kemasan kulit anak lembu calfskin leather. First Page juga menyerlahkan keseimbangan antara kemewahan klasik dan kepraktisan kontemporari.

Koleksi ini memperkenalkan tiga warna yang sofitikated dan menarik iaitu Powder Black, Empire Green, dan Paris Blue. Setiap warna mencerminkan karakter identiti yang berani dan anggun. Bagi mengikut arus trend terkini dan gaya kehidupan moden di bandar, beg ini dicipta dengan adjustable strap yang boleh digayakan dibahu, sipakai silang atau dijinjing di tangan mengikut citarasa fesyen masing-masing sekali gus memberikan kebebasan untuk bergerak.

Selain itu, terdapat cincin khas yang dicipta yang membolehkan anda untuk menyangkut kantung kecil di bahagian dalam beg. Terdapat tiga medal ikonik yang menjadi simbol rekaan Fauré Le Page, dan meningkatkan lagi fungsi beg tersebut. Demikian itu, Rekaan halus dengan sentuhan peribadi koleksi ini menjadi sangat istimewa kerana setiap beg tampil unik mengikut personaliti pemiliknya.

di koleksi First Page ini bukan sekadar mengikut arus trend semata, tetapi untuk meraikan pertemuan antara warisan dan juga generasi baharu sebagai penutup Spring/Summer 2026. Intihanya, bagi mengingatkan kembali kepada asal usul jenama Perancis ini bahawa, setiap pertemuan yang paling bermakna sering menjadi permulaan kepada cerita yang tidak akan dilupakan.
Artikel berkaitan: Koleksi Double Battle Oleh Fauré Le Page Menjadi Pilihan Wanita Kosmopolitan
Artikel Berkaitan
Imbas Gaya Ikonik Selebriti Di Grand Prix Dari 1992-2026
Barang Kemas Tiffany & Co. Hiasi Filem Frankenstein
RIMOWA Lancar Koleksi Bronze, Gaya Klasik & Warna Hanga...
Alia Bastamam, Mencipta Legasi Bersinar
Pop-Up Swarovski Kembali di Pavilion KL, Sambut Ulang Tahun...
The SpeSHALS Galaxy of Shalma Ainaa
Selebriti, Pempengaruh Malaysia Meriahkan Acara Louis Vuitto...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
