fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Salinan Lebaran 2017 Buat Pasangan GLAM!
Louis Vuitton Women’s Pre Fall 2023 Show in Seoul Livestream
10 Jenama Mewah Yang Jadi Pilihan Golongan Super Kaya
KLFW KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT TAHUN INI!
GLAM Persona: Next Gen 2021
Home > Fesyen > Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026

Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026

Intip koleksi terbaharu Kate Spade New York Summer 2026 yang membawakan nostalgia 90-an dan sentuhan Gen-Z yang ceria.  

Bagi Kate Spade New York, koleksi Summer 2026 mereka tampil sebagai sebuah refleksi penjenamaan yang dinamik, sentiasa utuh dengan sejarahnya, namun bijak memikat hati generasi baharu dengan penuh keyakinan. Mengangkat estetika yang kemas, ceria, dan penuh kejutan, koleksi kali ini mengadunkan elemen utiliti feminin, tekstur berongga, serta siluet kasual yang beralun lembut.

Kebangkitan Duo & Sentuhan Nostalgia

Menerajui barisan aksesori musim ini ialah kegilaan terhadap beg tangan yang menggabungkan sofistikasi rekaan dengan fungsi praktikal. Beg ikonik Duo kembali sebagai pelakon utama. Menawarkan kepelbagaian gaya dengan kebolehan untuk digayakan dalam empat cara berbeza, ia kini diperkenalkan dalam lapan warna baharu yang memukau, termasuk rona unik seperti Dark English Sea, Heirloom Tomato, dan Light Cantaloupe.

Bukan itu sahaja, bagi memenuhi selera generasi Z yang menggemari perkadaran gaya yang bermain dengan saiz, Duo Mini Shoulder Bag turut diperkenalkan. Sifatnya yang kompak menjadikannya aksesori terbaik untuk transisi gaya dari siang membawa ke malam.

Jenama ini turut mengembalikan memori nostalgia akhir tahun ’90-an menerusi rekaan Loop yang bertekstur santai, di samping memperkenalkan Halo, sebuah rekaan berinspirasikan beg bakul berstruktur moden daripada fabrik suede dan kulit bermutu tinggi. Bagi menyuntik elemen keceriaan, bag charms bertemakan buah-buahan seperti strawberi, lemon, dan ikon bandar raya seperti teksi kuning turut menghiasi koleksi.

Ready-to-Wear yang Versatil

Beralih kepada rekaan pakaian sedia pakai, Kate Spade New York membawakan nuansa musim panas yang segar menerusi palet warna semula jadi seperti Cream, Blazer Blue, dan Guava Slice. Gaun menjadi tunjang utama koleksi yang direka untuk bergerak seiring dengan kesibukan wanita moden. Antara yang mencuri tumpuan termasuklah gaun mini beropol, gaun mini siluet gelembung, serta slip dress beralun yang dihiasi cetakan motif Vibrant Buds yang romantis.

Tekstur renda broderie anglaise, kait premium, dan fabrik kemeja ringan memastikan pemakainya kekal selesa di bawah sinaran matahari tanpa mengetepikan impak gaya yang maksimum.

Kasut & Barang Kemas

Koleksi kasut musim ini menyaksikan rekaan kasut sukan klasik K as in Kate diberi nafas baharu menggunakan material mesh, anyaman rafia, dan kemasan metalik yang memantulkan cahaya. Manakala siri KS Drift pula menampilkan rekaan hibrid kasut sukan dan Mary Janes yang cukup bergaya.

Akhir sekali, gaya musim panas tidak akan lengkap tanpa kilauan aksesori. Koleksi barang kemas Summer Daze menyuntik keriangan menerusi motif flora dan fauna marin. Bagi peminat gaya minimalis moden pula, siri Wave dan KS Duo menawarkan rekaan subang gelung moden dan rantai berestetika grafik yang sangat sesuai untuk suai padan peribadi.

Artikek berkaitan: Mitos Atau Fakta, Minuman Kolagen Buat Kulit Flawless?