Beauty of Summer, Salvatore Ferragamo Bawakan ‘Hotel Splendid’
Tampilan Gaya Selebriti Di Acara Karpet Merah MTV VMA 2025
10 Gaya Stylish Terkini Natasha Ozeir Pilihan GLAM
Manifesto Fesyen: Revolusi MOST GLAM
Fantasi Di Dolce & Gabbana
Home > Fesyen > Buat Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada 

Buat Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada 

Kardigan Miu Miu, skirt elegan daripada jenama mewah The Row, gaun satin daripada jenama lokal Alia Bastamam, blaus berperincian renda daripada Chloe serta jaket tweed daripada Chanel adalah antara helaian klasik perlu dimiliki untuk wanita feminin kini.

Gaya feminin sentiasa menjadi pilihan ideal ramai wanita kerana sifatnya yang lembut, elegan dan sarat dengan elemen romantis. Kini, estetika seperti coquette atau dark feminine sering tular di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram yang lazimnya menzahirkan gaya feminin buat para wanita. Walaupun trend fesyen sentiasa berevolusi, terdapat beberapa helaian klasik yang terus menyerlahkan imej feminin tanpa mengira musim. Daripada siluet yang anggun hingga perincian yang halus, item-item ini menjadi asas kepada penampilan yang lembut dan menawan. GLAM himpunkan helaian klasik yang perlu anda memiliki, terutamanya buat yang menggemari gaya feminin. 

Ini Helaian Wajib Ada Untuk Asas Gaya Elegan!

1. Cardigan – Miu Miu

Cardigan merupakan antara helaian klasik yang cukup versatil untuk digayakan, terutamanya dalam estetika feminin. Dikenali dengan siluetnya yang lembut dan selesa, ia bukan hanya boleh digayakan sebagai pakaian lapisan tambahan, tetapi juga elemen penting yang mampu menaikkan keseluruhan penampilan anda. Misalnya, sama ada digayakan secara santai bersama denim atau dipadankan dengan skirt bercorak untuk sentuhan lebih elegan, cardigan sentiasa memberi keseimbangan antara keselesaan dan gaya yang feminin. Antara helaian cardigan yang sesuai untuk dimiliki adalah Cashmere Knit Cardigan daripada Miu Miu.

2. Skirt Hitam – The Row

Skirt merupakan antara helaian yang paling sinonim dengan gaya feminin kerana kebolehannya untuk menyerlahkan siluet yang elegan dan lembut. Daripada potongan midi, maxi atau A-line, ia mudah dipadankan dengan pelbagai helaian pakaian sekaligus boleh didandankan berulang kali dalam pelbagai kombinasi. Lantas, ia menjadikannya pelaburan yang berbaloi dalam almari pakaian anda. Mea skirt daripada The Row turut menampilkan fabrik lace di bahagian bawah skirt yang diperbuat daripada sutera itu, lantas menzahirkan estetika feminin di setiap jejak langkah yang dilalui.

3. Gaun satin – Alia Bastamam

Buat Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada

Gaun adalah simbol keanggunan yang sentiasa relevan dalam dunia fesyen. Dikenali kerana potongan yang terletak elok di badan, gaun mencerminkan gaya feminin dan sering menjadi pilihan untuk majlis istimewa atau temu janji bersama insan tersayang. Sama ada dalam rona neutral, pastel atau bercorak, gaun sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam almari wanita yang mengutamakan penampilan yang elegan dan sofistikated. Lebih menarik, antara fabrik yang turut tampak sofistikated apabila didandankan adalah satin kerana kilauannya yang lembut dan jatuhan fabrik yang anggun. Misalnya, Centara daripada Alia Bastamam, sebuah jenama tempatan Malaysia mengetengahkan siluet atasan lilit versatil dengan perincian kolar atau hud yang unik, digayakan secara berlapis bersama gaun slip. Bersama aksesori tas tangan atau barang kemas mewah, ia pasti membuatkan anda kelihatan eksklusif namun tetap feminin.

4. Blaus berperincian renda – Chloe

Blaus berperincian renda mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dalam melengkapkan penampilan yang feminin. Kemasan renda yang menghiasi baju sama ada di bahagian kolar, lengan atau badan blaus memberikan dimensi visual yang lebih menarik, sekali gus menjadikan helaian ini kelihatan lebih istimewa berbanding blaus biasa. Dalam landskap fesyen, blaus renda sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah digayakan mengikut pelbagai suasana. Ia boleh dipadankan dengan skirt berpotongan kemas untuk penampilan yang lebih klasik atau seluar denim bagi menghasilkan gaya yang moden. Scoop-neck cropped top in silk georgette & lace daripada Chloe semestinya wajar dimiliki jika anda ingin mendandankan estetika feminin. 

5. Jaket tweed – Chanel

Buat Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada

Dikenali menerusi teksturnya yang istimewa serta potongannya yang rapi, jaket tweed boleh memberikan sentuhan yang berkelas namun feminin kepada setiap penampilan. Walaupun sering dikaitkan dengan gaya yang sofistikated, jaket tweed juga cukup versatil untuk digayakan dalam pelbagai cara, sama ada bersama skirt, gaun mahupun seluar berpotongan rapi. Jaket tweed daripada Chanel ini cukup ikonik dengan rekaan yang menawan. Pernah didandankan oleh Jennie Blackpink, helaian ini mencerminkan aura feminin kepada si pemakai. 

Artikel berkaitan: Capsule Wardrobe, Ini Item Evergreen Yang Perlu Anda Ada!


Pilihan Bacaan Seterusnya