fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selebrasi Wanita Sedunia
Aura Cahaya Natal Sejoli
Le Brassus Menjadi Saksi Kelahiran CODE 11.59 by Audemars Piguet
Nadi Kronograf Buat Wanita
Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.

Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.

Tiffany & Co. menghadirkan jam tangan ‘Toucan Paradise Bird’, yang dihasilkan sempena koleksi high jewellery terbaharu mereka berjudul Blue Book 2026: Hidden Garden. Melengkapkan rekaannya yang istimewa, jam tangan ini dipadankan dengan tali kulit buaya berwarna biru navy dan ditawarkan sebagai edisi terhad yang hanya dihasilkan sebanyak 10 unit di seluruh dunia.

Tiffany & Co, sebuah jenama yang sinonim dengan perhiasan yang ikonik dan eksklusif kini membawakan jam tangan ‘Toucan Paradise Bird’ dalam koleksi high jewellery mereka. Memetik inspirasi daripada kerongsang unik Bird On a Rock yang dizahirkan semula bersama sentuhan berani, jam tangan ini direka khas oleh Nathalie Verdeille, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Artistik Barang Kemas dan High Jewellery di Tiffany & Co., dengan kerjasama Tiffany Design Studio. Berteraskan komitmen terhadap keanggunan, reka bentuk inovatif dan seni pertukangan yang luar biasa, jam tangan ‘Toucan Paradise Bird’ mengangkat koleksi high jewellery Tiffany & Co. ke dimensi baharu kemewahan.

Rekaan Eksklusif Sarat Perincian Artistik 

Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Dalam Koleksi High Jewellery Tiffany & Co.

Koleksi terbaru high jewellery Tiffany Co., Blue Book 2026: Hidden Garden kini diserikan dengan kehadiran jam tangan ‘Toucan Paradise Bird’ yang dilengkapi dengan perincian mewah. Gabungan batu permata yang mempesona, seni enamel yang halus serta ukiran emas dan tatahan permata bertaraf eksklusif menjadikan jam tangan ini sebuah karya seni mini yang menghidupkan keindahan tropika. Menyatukan elemen fantasi dan pesona alam semula jadi, seekor burung toucan kecil yang dihiasi batu permata bertenggek di atas cabochon kalsedoni berwarna terang yang seolah-olah terapung di atas muka jam berinspirasikan alam. Rekaan istimewa ini sarat dengan perincian yang memerlukan lebih 80 jam seni pertukangan halus untuk menghasilkan kemasan yang cukup bernilai tinggi. 

Kilauan Yang Mendefinisikan Kemewahan

Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Dalam Koleksi High Jewellery Tiffany & Co.

Turut lebih menarik, muka jam ini dihasilkan menerusi tiga lapisan dedaunan enamel yang dilukis tangan di atas empat lapisan enamel biru legap, mencerminkan ketelitian seni pertukangan Tiffany & Co. Rekaan tersebut turut diperkaya dengan batu kalsedoni potongan cabochon seberat 2.5 karat yang kelihatan terapung di atas muka jam. Susunannya yang sejajar dengan bukaan khas pada bahagian belakang jam membolehkan cahaya menembusi batu tersebut, sekali gus menyerlahkan warna dan dimensinya. Sementara itu, figura burung Toucan daripada emas kuning 18K dihiasi gabungan batu nilam biru, tsavorite, berlian putih dan kuning, batu pirus serta nilam merah jambu. Menampilkan 69 batu permata keseluruhannya, karya ini memadukan seni arca miniatur dan tatahan permata yang mengambil masa 32 jam untuk disempurnakan. 

Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Dalam Koleksi High Jewellery Tiffany & Co.

Menyerlahkan kepakaran Tiffany & Co. dalam seni tatahan berlian, sarung jam tangan emas putih 18K ini dihiasi sepenuhnya dengan teknik snow-setting, menggunakan berlian bulat pelbagai saiz bagi menghasilkan efek kilauan yang berterusan dengan logam yang hampir tidak kelihatan. Berdiameter 36 mm, ia menampilkan 425 butir berlian potongan brilian berjumlah lebih tiga karat, manakala proses tatahannya mengambil masa kira-kira 55 jam untuk disempurnakan. Pada bahagian belakang, corak sunburst berukir yang dihiasi berlian melengkapkan rekaannya, selain menawarkan pandangan unik bahagian bawah batu kalsedoni menerusi lensa pembesar terbina. Sebuah butang tekan tersembunyi di tengah motif tersebut turut membolehkan pelarasan waktu. 

Artikel berkaitan: Koleksi Baru Tiffany & Co. 2026 Hadir Dengan Motif Pegasus Sarat Makna