fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jung Ho Yeon, Dari Pentas Fesyen Antarabangsa Ke Siri Popular Squid Game
Eva Woon, Figura Di Sebalik Barang Kemas Lokal ‘Inari Jewellery’
“Tulisan” Karya Daiyan Trisha, Bakal Bertemu Peminat Tidak Lama Lagi
Eksplorasi Eksklusif Nan Mewah St Regis Kuala Lumpur
Transisi 4 Bintang K-Drama Dari Pentas Peragaan Ke Kaca Televisyen
Home > Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!

Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!

Dari kehangatan Arrakis ke gelanggang tenis, terokai lakonan Zendaya menerusi 5 filem ikonik ini. Persediaan wajib tonton buat semua pencinta sinema sebelum kemunculan semula beliau dalam trilogi epik Dune 3! 

Sementara dunia menanti dengan penuh debar pengakhiran trilogi epik arahan Denis Villeneuve, Dune: Messiah, nama Zendaya terus kekal sebagai muse paling berpengaruh di Hollywood. Namun, kehebatan beliau tidak hanya terhad di padang pasir Arrakis. Zendaya telah membuktikan kemampuannya sebagai seorang seniman yang bijak memilih naskhah artistik yang mencabar kredibiliti lakonannya. 

Berikut adalah 5 filem top hit Zendaya yang wajib ditonton 

1. Dune: Part Two 

Lupakan kemunculan singkat dalam bahagian pertama. Dalam Part Two, Zendaya memberikan persembahan kelas A sebagai Chani yang berani, skeptikal, dan penuh emosi. Ini adalah rujukan paling penting untuk memahami konflik yang bakal meledak dalam filem ketiga nanti.

2. Challengers

Satu lagi naskhah yang membuktikan Zendaya adalah fashion icon di dalam dan luar padang. Sebagai Tashi Duncan, beliau membawa karakter yang sangat manipulative namun mempesona. Aura “boss girl” di sini sangat glamorous dan tajam!

3. Spider-Man: No Way Home 

Siapa boleh lupakan watak MJ? Filem ini menunjukkan sisi Zendaya yang lebih vulnerable dan relatable. Kejayaan global filem ini mengukuhkan status beliau sebagai antara pelakon wanita paling “bankable” di dunia sebelum beliau melangkah sepenuhnya ke dunia Dune.

4. The Drama 

Filem terbaru yang sedang hangat diperkatakan! Bergandingan dengan Robert Pattinson, Zendaya membuktikan kematangan lakonannya dalam naskhah A24 yang sangat sofistikated ini. Ianya penuh misteri, emosi, dan sudah tentu, sinematografi yang sangat vogue.

5. Malcolm & Marie 

Ini adalah naskhah untuk anda yang sukakan artistik. Filem hitam putih ini memaparkan kekuatan dialog dan emosi Zendaya secara intim. Sangat sesuai untuk mood santai malam minggu di rumah. 

Zendaya telah membuktikan bahawa beliau bukan sekadar trendsetter di permaidani merah, malah seorang pelakon yang mempunyai daya tarikan tersendiri di layar perak. Menonton semula filem-filem ini bukan sahaja satu hiburan, tetapi satu kembara seni dalam melihat evolusi seorang legenda moden sebelum beliau kembali menggoncang dunia dalam Dune 3 nanti. 

Artikel berkaitan: Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat