fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Alena Murang Cipta Sejarah, Menang 2 Anugerah Di United Kingdom
Sejarah Hitam Tiga Permata Milik Monarki Britain
GBC Love Wellness: Sesi Dandan Rambut di COCOdry Bangsar
5 Selebriti Berkongsi Pengalaman Menghidap Kanser Payudara
Volvo Padel Open 2025 Kembali Dengan Lebih Gaya, Format Baru & Klinik PERCUMA
Home > Gaya Hidup > Anne Hathaway Kembali Ke Kerajaan Genovia, The Princess Diaries 3 Diarah Pengarah Malaysia

Anne Hathaway Kembali Ke Kerajaan Genovia, The Princess Diaries 3 Diarah Pengarah Malaysia

Sah! Watak Princess Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi yang dipegang oleh pelakon cantik Anne Hathaway akan kembali memerintah kerajaan Genovia dalam The Princess Diaries 3.

Selepas dua dekad tayangan filem The Princess Diaries 2: Royal Engagement, The Princess Diaries 3 telah diumumkan dan bakal diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia iaitu Adele Lim. Lim merupakan penulis skrip yang terkenal dengan hasil karyanya seperti Crazy Rich Asians dan Raya and the Last Dragon serta mengarahkan filem komedi Joy Ride pada 2023.

The fairy tale continues…

Spekulasi tentang sekuel ketiga ini sudah menjadi bualan peminat setia francais ini selama bertahun-tahun dan The Hollywood Reporter pada 2022 mengesahkan bahawa filem ketiga akan dihasilkan.

Sebelum ini, watak Mia Thermopolis dibawa oleh Anne Hathaway dalam dua filem sebelumnya, tetapi terdapat sumber mengatakan Hathaway belum mempunyai perjanjian untuk kembali dan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat yang ingin menonton kesinambungannya dan bukan reboot semula siri ini.

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Hathaway mengumumkan berita gembira secara rasminya dia bakal berlakon dalam The Princess Diaries 3.

“Miracles happen. Back to Genovia with @adeleblim @disney @somewherepictures. The fairy tale continues,” tulis Hathaway.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk menonton The Princess Diaries 3.

Selain The Princess Diaries, dikhabarkan Disney sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sekuel filem The Devil Wears Prada yang juga pernah dilakonkan oleh Hathaway. Namun, belum ada pengesahan sama ada mereka masih mengekalkan pelakon yang sama antaranya Hathaway sebagai Andy Sachs, Meryl Streep dan Emily Blunt.

Artikel Berkaitan: The Princess Diaries Bakal Kembali!