fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
7 Sunscreen Terbaik Pilihan Untuk Musim Panas
Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
Bella Hadid Bongkar Rutin Solekan Hariannya Di Tiktok
Rutin Sihat Ramadan: Bagaimana Pilates & Yoga Menenangkan Minda Serta Menguatkan Tubuh
Home > Cantik > Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits

Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menangkap semangat kebebasan dan eksplorasi dua dunia. Kolaborasi arkitek Frank Gehry dan Jacques Cavallier Belletrud ilhamkan wangian di luar jangkaan.

Aromanya membibit jiwa dan raga. Les Extraits Collection merupakan kembara yang luar biasa dalam mencetus memori istimewa. Kolaborasi antara Frank Gehry dan Jacques Cavallier Belletrud membangkitkan satu revolusi baru dalam dua dunia berbeza. Menurut Jacques Cavallier Belletrud, “Saya mahu meneroka tempat yang tiada orang pergi lagi.Untuk mencipta semula tanggapan Extrait dengan cara kontemporari. Dan membongkar seni bina minyak wangi. Begitulah cara Les Extraits Collection diperkenalkan tanpa nota asas dan hanya mengekalkan aroma saripati utamanya.”

Koleksi lima wangian Les Extraits menyuntik semangat sebuah kejayaan, kerana aromanya cipta sensasi pada setiap personaliti, lambang metamorphosis alam semulajadi dan menyentuh emosi kala baunya terbebas ke udara. Cukup mekar tanpa kekangan. Dilihat berbeza seperti kebiasaan kerana ciptaan wangian ini mencipta haluan baru buat dunia kecantikan yang berkongsi momen bersama.

 

I imagined scents before smelling them,” kata Jacques Cavallier Belletrud. Untuk menghasilkan sebuah karya agung seperti ini setiap esensi ramuan yang dipilih memberi ekspresi tersendiri, koleksi ini adalah siluet minyak wangi yang menggabungkan intipati asas bersama. Lima wangian koleksi Les Extraits turut merupakan refleksi semangat kembara Louis Vuitton sepanjang kemunculannya. Extraits de Parfum cukup merungkai sebuah kecantikan abadi kerana kehadirannya berasaskan highly concentrated, powerful fragrances memberi bayangan aroma cukup mempesonakan.

Frank Gehry, arkitek terulung abad ini bersatu-hati dalam mereka sebuah botol wangian menyentuh semangat seni bina. Bentuk seperti pergerakan seni ini lambang kebebasan diri. “When you sail, on the ocean, there is a very intimate relationship between the skipper at the helm and the wind, and the visual impression it creates,” katanya

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse