Fleur du Désert Taruhan Terbaru Louis Vuitton - Glam Malaysia

Fleur du Désert Taruhan Terbaru Louis Vuitton

Esensi tiga aroma bunga oriental digabungkan dalam wangian terkini untuk Les Parfums Louis Vuitton. Fleur du Désert hadir menghangatkan kembali keunikan Timur Tengah.

Sejak diabadikan ke dalam barisan Les Parfums Louis Vuitton menerusi Ombre Nomade, Les Sables Roses, Nuit de Feu dan Pur Oud, keasyikkan aroma Timur Tengah kembali menjengah perhatian Jacques Cavallier Belletrud untuk menerokai intipati teragung dunia.

Koleksi kali ini, Jacques Cavallier Belletrud membuat penghormatan terhadap tiga bunga oriental paling sensasi di Timur Tengah yang juga ramuan utama dalam pembuatan minyak wangi iaitu bunga Melati, lambang kepada simbol kecantikan dari Timur Jauh ke Mediterranean. Orange Blossom pula telahpun digunakan sejak Antikuiti dan bunga Mawar cukup terkenal di Damsyik. Oleh itu, untuk karya yang kelima ini, gabungan setiap bunga bakal mencipta keajaiban menerusi nektar bunga yang mekar secara semula jadi.

Bunga di laman kemegahan gurun, luasnya dan kisahnya menjadi inspirasi segar buat wangian terbaru, Fleur du Désert Di tengah-tengah hamparan padang pasir tersemat bunga mekar yang mengeskpresikan keberanian dan penuh ajaib.  Setiap pemilihan intipati utama adalah berdasarkan kisah menarik demi meraikan keindahan Timur Tengah. Fleur du Désert patinya diperolehi melalui proses pengekstrakan CO2 yang mengembalikan haruman bunga segar. Aromanya turut diperhalusi dengan oriental accord, spices dan madu. Tidak ketinggalan aroma eksklusif yang cukup terkenal dalam kalangan pakar wangian Timur Tengah, Oud Assam atau digelar sebagai “black gold” melengkapi haruman mewah ini.

See also
40 Mitos Cantik (Bahagian 2)

Kehadiran barisan wangian yang diilhamkan Timur Tengah ini, Louis Vuitton menawarkan palet hitam cerah dalam menangkap warna di padang pasir dan pelbagai nuansa misterinya. Dihasilkan dalam kaca berharga yang kelihatan hitam pada pandangan pertama, botol minyak wangi ikonik ini menyerlahkan aroma serba intensif. Apabila disentuh cahaya, Fleur du Désert mendedahkan pantulan merah jambu yang membangkitkan rona mewah bunga yang baru mekar. Seperti padang pasir yang menyerahkan rahsia terindahnya. Koleksi eksklusif Fleur du Désert dijual dengan harga RM1,650 untuk 100ml dan RM2,550 untuk 200ml.

Artikel berkaitan Pelancaran Wangian Louis Vuitton: City Of Stars