Ketahui 3 Ilham Solekan Raya Terkini Bersama NARS - Glam Malaysia

Ketahui 3 Ilham Solekan Raya Terkini Bersama NARS

GBC X NARS Malaysia berkolaborasi dengan menampilkan 3 ilham solekan Raya terkini bersama jurusolek selebriti Ummi Nasir dan Beauty Connoisseur pilihan GLAM Beauty Club.

Syawal makin menjelang, pastinya anda sibuk mencari ilham solekan Raya apakah yang ingin ditatarias di pagi Raya. Kolaborasi istimewa antara GLAM Beauty Club bersama NARS Malaysia merupakan cetus momen tersendiri. Seperti sedia maklum, NARS merupakan jenama kosmetik paling disegani dengan barisan produk ikoniknya yang cukup dikenali seantero dunia. Sehubungan dengan itu, untuk segmen GBC kali ini menampilkan tiga Beauty Connoisseur baharu pilihan NARS iaitu pelakon Siti Khadijah Halim, hos TV Adriana Adnan dan bintang media sosial kecantikan, Sofea Shra. Tiga personaliti ini ditatarias cantik mengikut tema bersesuaian sempena Raya oleh jurusolek selebriti jemputan, Ummi Nasir.

Menurut tip solekan Ummi Nasir, pilihan bedak asas merupakan item yang paling penting dan berguna terutama di pagi Raya. Setiap wajah personaliti dirias dengan bedak asas yang berbeza tekstur dan kegunaannya. Sebelum wajah disolek, wajib untuk anda prep muka dengan produk penjagaan kulit agar setiap solekan menyerap lebih sempurna dan tahan lebih lama.

GLAM X NARS

SOLEKAN KLASIK GLAM

Pelakon cantik Siti Khadijah Halim membawa tema solekan Klasik Glam. Jurusolek selebriti, Ummi Nasir memulakan rutin pertama dengan Soft Matte Complete Foundation pada bahagian muka. Bedak asas ini mempunyai kemasan semula jadi dan tahan selama 16 jam dan selesa sepanjang hari. Setelah bedak asas disapu rata, kunci pula dengan Light Reflecting Pressed Setting Powder. Keunikan untuk menjaga kualiti solekan dan juga mengawal minyak tambahan di wajah. Teksturnya tidak terlalu berat dan punya kemasan bercahaya mengunci solekan tanpa meninggalkan kesan.

See also
Gincu Terbaru Benefit Membantu Anda Mendapatkan Bibir Yang Mungil

*Teknik menyapu bedak asas menggunakan telapak tangan memberi efek lebih sempurna dan tekap lebih mendalam pada permukaan wajah. Haba yang mengalir menerusi telapak tangan membantu cecair menyerap kemas dan rata.

Di bahagian mata pula, Quad Eyeshadow kod Singapore menyerlahkan ilham Klasik Glam. Teknik aplikasinya cukup senang, warna gelap Shimmering Deep Rust Red sebagai asas di keseluruhan kelopak mata. Diikuti pula dengan warna Sparkling Antique Bronze, Sparkling Metallic Brazz dan Sparkling Pale Gold. Setiap warna bersinar ini disapukan sekata untuk cipta ilusi mata Glam. Untuk bahagian bawah tulang pipi, Torrid Blush pula menyerlahkan pipi berfigura. Tidak lengkap tanpa kemasan terakhir, gincu Air Matte Lip Color kod Lose Control menyempurnakan gaya lebaran Klasik Glam.

Siti Khadijah Halim

SOLEKAN GEMERLAPAN BINTANG

Apabila bercerita mengenai solekan Raya, anda pasti inginkan teknik dan pilihan solekan yang mudah dan cepat tetapi tahan lama. Untuk bintang media sosial kecantikan, Sofea Shra solekannya bertemakan Gemerlapan Bintang. Di bahagian wajahnya, Ummi Nasir memilih Light Reflecting Foundation. Bedak asas ini punya formula inovatif yang menggabungkan kandungan penjagaan kulit dengan mengaburi ketidaksempurnaan serta-merta. Malah, kulit wajah lebih licin dan kekal lembap. Ummi masih menggunakan teknik aplikasi yang sama. Dan selepas itu, Light Reflecting Pressed Setting Powder dilayangkan secara kemas diĀ bahagian yang memerlukan.

See also
Tiga Rupawan Berkongsi Manifestasi Fitness Addict Dalam Menjalani Gaya Hidup Sihat

*Jika pembayang mata berasaskan glitter, seeloknya semburkan atau percikan air pada berus mata sebelum warna disapukan. Ini membantu untuk tekstur glitter lebih menyerlah dan melekap kemas di kelopak mata.

Untuk mata Sofea, palet pembayang mata Hardwired Eyeshadow kod Melrose yang hanya mengandungi warna shimmer memudahkan penggunaan. Tidak manis tanpa pemerah pipi, Behave Blush dilayangkan sempurna pada bahagian pipi. Terakhir, gincu Powermatte Lip Pigment kod Slow Ride melengkapi gaya lebaran Gemerlapan Bintang.

Sofea shra

SOLEKAN FANTASI UNGU

Raikan lebaran lebih meriah dan bermakna dengan solekan yang bertemakan Fantasi Ungu. Seperti Adriana Adnan kelihatan cantik dan manis dengan solekan ringkas dan bersahaja ini. Jurusolek selebriti Ummi Nasir memilih Sheer Glow Foundation untuk wajah mulus Adriana. Bedak asas ini berupaya membuat kemasan tampak semulajadi dengan warna yang seakan sama dengan kulit wajah. Malah manfaatnya, membuat kulit wajah cerah dan licin sepanjang hari.

*Pemerah pipi juga boleh dibuat sebagai kontur wajah, hanya dengan layangkan warna pemerah pipi di bawah tulang pipi dan layangkan berus itu secara ke atas. Sapukan beberapa kali untuk efek lebih mendalam.

See also
Pereka Fesyen Selebriti Rizman Nordin Bersatu Jiwa Dengan Nurida Suraya

Untuk mengunci kemasan bedak asas dan mengurangkan kehadiran minyak pada wajah. Gunakan Light Reflecting Pressed Setting Powder. Di bahagian mata pula, Duo Eyeshadow kod Kuala Lumpur hanya dengan sapuan dua warna ikonik iaitu Shimmer dan Lilac. Untuk Adriana, pemerah pipi Orgasm Blush menyerlahkan lagi wajah mulusnya. Dan kemasan terakhir, Powermatte Lipstick kod Too Hot To Hold melengkapi gaya lebaran Fantasi Ungu.

Artikel berkaitanĀ Edisi Lebaran : Glam Beauty Club X NARS Bersama Ummi Nasir

Adriana Adnan

Dapatkan produk ikonik NARS yang digunakan oleh jurusolek selebriti, Ummi Nasir untuk meniru ilham solekan Raya seperti Klasik Glam, Gemerlapan Bintang dan Fantasi Ungu. Dengan layari laman rasmi narscosmetics.my