fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Cara Bijak Elak Kulit Muka Kering Ketika Bercuti di Negara Musim Sejuk
Ice Roller: Rahsia Kecantikan Kulit untuk Anda
Bintang Instagram Perancis Menjadi Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris
NYFW: Inspirasi Solekan Pentas Peragaan
3 Rahsia Rambut Cantik Duta Dyson Terkini, JISOO Blackpink
Home > Cantik > KKW Beauty Mengumumkan Rangkaian Produk Pertama Mereka

KKW Beauty Mengumumkan Rangkaian Produk Pertama Mereka

Sejurus selepas Kim Kardashian West mengumumkan pelancaran KKW Beauty melalui Instagramnya baru-baru ini, satu sahaja perkara yang bermain dalam fikiran kami: how will she surprise us?

 

Kardashian West telah pun mengumumkan rangkaian produk pertama yang bakal dikeluarkan oleh KKW Beauty bermula pada 21 Jun ini di KKWBeauty.com yakni kit contouring dan juga highlighter yang berasaskan krim.

 

A post shared by KKWBEAUTY (@kkwbeauty) on

Sesuatu yang sangat lazim dengan rutin kecantikan bintang personaliti TV itu sendiri.

 

Dalam satu kenyataan yang dibuat, Kardashian West menyatakan bahawa contouring adalah satu-satunya rutin yang dia tidak akan ubah walaupun dia sering mencuba look yang baru.

 

“Saya juga berharap kami akan mengeluarkan produk baru setiap bulan. Saya memberi fokus kepada kulit, contouring, dan concealer–dan semua produk kegemaran saya akan dikeluarkan tidak lama lagi.”

 

A post shared by KKWBEAUTY (@kkwbeauty) on