fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kecoh di TikTok, Apa Itu Gua Sha Dan Apa Fungsinya?
BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani
Gaya Quirky Florence Welch Jadi Tarikan, Sekali Lagi Jadi Suntingan Gucci Beauty
9 Wangian Yang Anda Harus Cuba Untuk Meningkatkan Penampilan Diri
6 Tips Untuk Memastikan Rambut Pendek Anda On Point
Home > Cantik > Produk Kosmetik Baru Yang Akan Memudahkan Teknik Strobing Anda

Produk Kosmetik Baru Yang Akan Memudahkan Teknik Strobing Anda

Teknik strobing ataupun anti-contour merupakan teknik di mana anda menggunakan highlighter dan fokus kepada kawasan di mana cahaya akan kena secara semula jadinya dan tidak menghasilkan dimensi-dimensi tertentu dengan teknik contour.

 

 

Jenama kosmetik NYX baru mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan produk baru mereka pada hujung bulan ini dan Allure melaporkan secara ekslusif tentang produk baru tersebut.

 

NYX Duo Chromatic Illuminating Powders merupakan koleksi highlighter terbaru daripada jenama ini yang terdiri daripada lima warna yang menarik dan berseri.

 

Berdasarkan imej-imej yang diterima, produk ini kelihatan sangat magikal dengan warna ibarat pastel dengan kemasan berkilau yang menjadi trend sekarang. Mereka menggunakan formula yang mempunyai chromatic pearls yang akan menghasilkan kemasan berdimensi.

 

NYX Duo Chromatic Illuminating Powders ini boleh didapatkan di nyxcosmetics bermula pada 28 Disember ini!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid