Prince Harry & Meghan Markle Akhirnya Bertunang!

Meghan Markle dan Putera Harry Are Officially Engaged!

Semenjak hubungan mereka menjadi umum beberapa bulan yang lalu, ramai sudah mula membuat spekulasi akan pertunangan antara aktres Meghan Markle dan Putera Harry yang dijangkakan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

 

Nampaknya waktu itu sudah tiba. Dalam satu kenyataan rasmi daripada House Clarence mengesahkan Meghan, 36, dan Putera Harry, 33, kini sudah bertunang.

 


Meghan yang baru-baru ini dilaporkan sudah membuat persiapan untuk berpindah ke London ibarat memberikan klu paling besar dengan keputusannya itu.

 

Pasangan ini telah mengesahkan hubungan mereka pada November 2016 dan Meghan pernah menyatakan kepada majalah Vanity Fair tentang hubungannya dengan Putera Harry:

We’re in love. I’m sure there will be a time when we will have to come forward and present ourselves and have stories to tell, but I hope what people will understand is that this is our time. This is for us. It’s part of what makes it so special, that it’s just ours. But we’re happy. Personally, I love a great love story.

Perihal perkahwinan mereka pula, akaun Instagram rasmi Istana Kensington menyatakan majlis tersebut akan berlangsung sekitar musim bunga 2018 dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

See also
Kenali Puteri Charlotte Casiraghi

 

“YTAM dan Cik Markle sudah bertunang di London awal bulan ini. Putera Harry telah oun memberitahu YMM, Ratu dan kerabat-kerabat terdekat. Putera Harry juga telah mendapat restu daripada ibu dan bapa Cik Markle. Pasangan ini akan menetap di Nottingham Cottage dalam perkarangan Istana Kensington.”

 

See also
GLAM Expose: Keeping Up With Joneses: Penyakit Orang Kaya Akibat Tekanan Status dan Harta