Lady Gaga, Harry Styles, Serena Williams, dan Alessandro Michele Bersatu Demi Met Gala 2019

Masih lagi making a recovery daripada keindahan dan keanggunan tema tahun ini, Metropolitan Museum Of Art Costume Institute kini telah mengumumkan tema pameran mereka untuk tahun 2019; “Camp: Notes on Fashion” yang bakal dipamerkan bermula 9 Mei hingga 8 September 2019.
Kurator yang bertanggungjawab, Andrew Bolton dan Wendy Yu, telah merangka pameran ini berdasarkan esei oleh penulis ternama Susan Sontag yang berjudul "Notes on 'Camp'" yang mengajukan perbalahan ke atas konsep tersebut yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara. Pilihan ini dibuat oleh Bolton berdasarkan ujah Sontag perihal konsep Camp sebagai "love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style," yang sekaligus menerangkan situasi di Amerika kini.
Menjejak asal usul perkataan ini daripada bahasa Perancis yakni kata kerja se camper yang membawa maksud memberi pose exaggerated. Dalam konteks hari ini pula, camp sering dikaitkan dengan budaya drag queen: menjolok mata, dibesar-besarkan, mengada-ada; kewanitaan atau homoseksual.
Sontag juga menyatakan "Camp lebih cenderung untuk tertarik dengan jenis seni tertentu dibandingkna dengan yang lain. Pakaian, perabot, kesemua elemen hiasan visual antara perkara yang membentuk Camp."
Bolton juga menyatakan satu tahap sofistikasi perlu dikecapi untuk benar-benar memahami konsep ini. "Camp kini sudah menjadi lebih mainstream dengan kejamakannya--political camp, queer camp, Pop camp, gabungan tinggi dan rendah, idea tentang kewujudan originality."
Pameran ini juga bakal dijayakan dengan kerjasama bersama Gucci. Pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele yang lebih dari gembira dengan konsep ini. Menyatakan bahawa esei Sontag "menzahirkan konsep camp dengan sempurna bagi diri saya: keupayaan unik menggabungkan seni tinggi dan budaya pop."
Apakah yang bakal dikenakan oleh golongan fesyen elit ini menjelang 6 Mei 2019? Well fikirkan gaya Cher, Elton John, dan Prince. Atau rekaan Franco Moschino, Jean Paul Gaultier, John Galliano, Thom Browne, dan Vivienne Westwood.
Tidak lupa juga The Cochairs untuk Met Gala 2019 bakal menampilkan Lady Gaga, Alessandro Michele, Harry Styles, Serena Williams, dan Anna Wintour.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

