“Messenger of Peace” Termuda United Nations: Malala Yousafzai

Foto: Li Muzi)
Aktivis dan penerima Nobel Prize termuda dari Pakistan, Malala Yousafzai (19) telah dinobatkan sebagai Messenger of Peace (Utusan Damai) termuda oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Foto: Luiz Rampelotto/EuropaNewswire
Yousafzai menyertai barisan nama-nama besar yang telah diberi gelaran yang sama sebelum ini seperti saintis Jane Goodall, Leonardo DiCaprio, Charlize Theron, Stevie Wonder, dan celis Yo-yo Ma.
Aktivis muda ini berjanji untuk menggunakan landasan ini dan terus memperjuangkan hak golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan di seluruh dunia.
Yousafzai mula memperjuangkan gerakan hak-hak wanita sejak dia berusia 11 tahun dengan menulis rencana untuk BBC secara anonymous dan mendapat perhatian seantero dunia sebagai simbol harapan apabila identitinya didedahkan. Kumpulan pengganas yang sering menjadi topik perjuangan Yousafzai yang enggan berdiam diri dan merasa tergugat dengan keberanian seorang gadis muda mengambil tindakan dengan menembak Yousafzai beberapa kali, termasuk di kepala, ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Foto: Luiz Rampelotto/EuropaNewswire
“Saya tidak mahu dikenali sebagai ‘gadis yang ditembak oleh Taliban’, tetapi sebagai ‘gadis yang memperjuangkan [hak] pendidikan,” terang Yousafzai dalam memoir beliau. “Mari kita mengambil buku-buku dan pen. Ini merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Seorang kanak-kanak, seorang guru, sebuah buku, dan sebatang pen boleh mengubah dunia.”
“Tatkala menghadapi bahaya, Malala Yousafzai telah menunjukkan komitmen yang teguh untuk hak-hak wanita, gadis-gadis, dan orang ramai. Keberanian beliau untuk pendidikan wanita telah menguatkan ramai orang. Kini sebagai Messenger of Peace termuda PBB, Malala boleh melakukan lebih lagi untuk membantu menghasilkan dunia yang lebih adil dan aman,” ucap Setiausaha-Am António Guterres.
Sewaktu upacara penncalonan di PBB baru ini Yousafzai memberikan ucapan dengan azamnya untuk terus berjuang demi gadis-gadis di luar sana:
Saya berdiri di atas pentas ini hampir tiga tahun setengah yang lalu… dan saya memberitahu dunia yang pendidikan adalah hak asasi untuk setiap gadis. Gadis macam saya yang berdiri di negara tersebut, yang percaya kepada pendidikan… Dan saya berharap, dan mengalakkan semua gadis-gadis muda di sana untuk berdiri juga. Anda adalah pengubahnya.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
