Is Kylie Jenner Gonna Be A Billionaire Menjelang 25 Tahun? - Glam Malaysia

Is Kylie Jenner Gonna Be A Billionaire Menjelang 25 Tahun?

Dengan rancangan realitinya sendiri, Life With Kyliecelebrating her 20th birthday, dan merupakan salah seorang usahawan wanita muda yang berjaya Kylie Jenner enggan berhenti disitu sahaja.

 

Kylie Cosmetics bakal menjadi sebuah syarikat bernilai $1 bilion menjelang tahun 2022 menurut ibunya, Kris Jenner.

 

Menurut WWD, dalam tempoh 18 bulan ini sahaja Kylie Cosmetics sudah pun mengaut keuntungan sebanyak $420 juta. Untuk perbandingan yang agak ketara, jenama kecantikan mewah oleh Tom Ford mengambil masa sedekad untuk mencecah nilai keuntung $500 juta. Jenner melancarkan Kylie Cosmetics pada tahun 2015.

 

Kejayaan Jenner ini merupakan hasil ikutan dan popularitinya di Instagram dengan 96.4 juta followers dan mungkin juga 22.4 juta followers lagi di Twitter.

 

It’s a wonder Kylie Cosmetics masih lagi mampu mengaut keuntungan yang besar di sebalik kontroversi yang melanda jenamanya ini. Don’t forget yang Kylie Cosmetics pernah didakwan dengan plagiarisme oleh seorang jurusolek ternama Vlada Haggerty dan that time Kylie Cosmetics menghantar produk kosong kepada pelanggan mereka.

POST A COMMENT