Emanuele Farneti Dilantik Ketua Editor Baru Vogue Italia dan L’Uomo Vogue
#EmanueleFarneti @efarneti has been appointed Editor in Chief of #vogueitalia and @luomovogue
A photo posted by Vogue Italia (@vogueitalia) on
Bekas pengarah GQ Italia Emanuele Farneti telah dilantik sebagai Ketua Editor Vogue Italia dan L’Uomo Vogue ikutan pemergian Franca Sozzani pada tahun lepas setelah memegang jawatan tersebut selama 28 tahun.
Emanuele merupakan Ketua Pengarang Vogue Italia yang ke-3 semenjak majalah tersebut diwujudkan pada tahun 1966.
Pengerusi dan ketua eksekutif Condé Nast International Jonathan Newhouse mengeluarkan surat pengumuman kepada pekerja-pekerjanya dan menyatakan pelantikan Emanuele itu berkuatkuasa dengan serta merta.
Saya berasa senang ingin mengumumkan pelantikan Emanuele Farneti sebagai Ketua Editor Vogue Italia dan L’Uomo Vogue.
Emanuele merupakan salah seorang editor yang berpengalaman, berjaya dan dikagumi di Itali pada hari ini, dengan pengalaman sebagai Ketua Editor untuk lapan majalah sepanjang kerjayanya. Dilatih di televisyen, dia datang ke Condé Nast Italia pada tahun 1999 menjadi sebahagian daripada pasukan yang melancarkan Gentlemen’s Quarterly (GQ). Dia meninggalkan kita untuk mengambil jawatan pengurusan kanan dalam kewartawanan akhbar. Dia pernah menjadi Editor untuk majalah fesyen Flair dan menghasilkan majalah baru Icon. Pada tahun 2014 dia pulang ke Condé Nast Italia dan menjadi Editor AD dan melancarkannya semula sebelum memegang jawatan Editor GQ.
Sorotan LainDuchess Kate Middleton Kecewa Dengan Kelakuan Putera William
Koleksi Louis Vuitton Hasil Inspirasi Seni Brazil
Beyoncé Sudah Lahirkan Zuriat Kembarnya?
Hari Pertama Putera George Di Nursery School
Jay-Z Merayu Kepada Beyoncé Untuk Tidak Meninggalkannya
Pendapat Naomi Campbell Tentang Kendall Jenner Diterangkan Dengan Dua Perkataan Sahaja![]()
Emanuele dianggap sebagai seorang “pembuat majalah” yang sejati yang membawakan kejutan, visual baru dan komitemen yang jitu terhadap quality pada tahap tertinggi kepada sesuatu majalah.
Emanuele juga mengikut jejak legenda Franca Sozzani di mana kehebata beliau membuatkan Vogue Italia dan temannya L’Uomo Vogue sebagai rujukan serata dunia untuk fesyen dan forografi.
Hanya ada satu Franca Sozzani. Tetapi dia sendiri menyedari bahawa Vogue mempunyai kehidupan yang melangkaui kreativiti sesiapa sahaja. Dia juga tahu dan mempunyai rasa kehormatan yang tinggi buat Emanuele, dan saya percaya dia juga akan setuju.
Sertai saya dalam mengucapkan segala yang terbaik untuk Emanuele kerana dia perlu memikul tanggungjawab yang penting ini.
– Jonathan Newhouse
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
