Siapakah Wanita Baru Dalam Hidup Leonardo DiCaprio Kali Ini? - Glam Malaysia

Siapakah Wanita Baru Dalam Hidup Leonardo DiCaprio Kali Ini?

Selepas perpisahannya bersama bekas teman wanitanya Nina Agdal (who’s a model) pada bulan Mei yang lalu pelakon lelaki popular Leonardo DiCaprio kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan seorang lagi model.

 

We see a pattern here, Leo. Lihat sahaja bekas teman wanita DiCaprio seperti supermodel Tori Garn, Erin Heatherton, Bar Refaeli, Gisele Bündchen, malah dia juga pernah dikhabarkan bermesraan bersama Naomi Campbell pada tahun 1995.

 

Model yang dikatakan menjadi pilihan hati jejaka ini adalah seorang model berusia 23 tahun daripada Jerman, Lorena Rae.

 

Mereka dikatakan bersama kerana Page Six melaporkan bahawa mereka telah meluangkan masa bersama sepanjang hari di New York. Sebelum ini mereka juga pernah dilihat berada di lokasi yang sama seperti di sebuah parti di Monaco dan meluangkan masa dalam kumpulan yang besar di atas sebuah yacht di St. Tropez.

 

Foto Backgrid

Pihak DiCaprio menafikan yang mereka berdua ini sedang menjalinkan hubungan. Namun seperti hubungan DiCaprio sebelum ini, dia sendiri tidak pernah mengesahkan mahupun mengumumkan setiap satu hubungannya secara terbuka.

See also
Pita Kontroversi Soal Peribadi Puteri Diana!

 

We’ll see about that.