fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
The Absolutely Desirable Scarves
Fazura Sudah Mendapat Restu Keluarga Fattah Amin?
Visual Panthere Cartier Atas Burj Khalifa
Fazura dan Fattah Amin Redha Menelan Kritikan Angkara Cemburu
Kolaborasi Dinanti-nanti GUE$$ x A$AP Rocky!
Home > Uncategorized > Kylie Jenner Akan Ke Mahkamah

Kylie Jenner Akan Ke Mahkamah

https://www.instagram.com/p/BJDhgtMB9HP/?taken-by=kyliejenner&hl=en
 
Sabtu lalu Entertainment Tonight melaporkan bahawa Kylie Jenner perlu memberi keterangan di mahkamah terhadap status kewangan teman lelakinya, Tyga yang merupakan seorang penyanyi rap.
 

Tyga disaman oleh pereka barang kemas selebriti, Jason Arasheben kerana berhutang sebanyak $270,000. Antara pembelian mewah yang dilakukan Tyga untuk Jenner adalah kereta Maybach dan Ferrari, cincin berlian serta dompet Gucci.

 
https://www.instagram.com/p/BIyCZQXhZgW/?taken-by=kyliejenner&hl=en
 

Peguam pereka barang kemas tersebut, Danny Abir berkata Tyga seharusnya melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum membeli kereta bernilai $320,000 untuk teman wanitanya.

 

“Kami akan bertanya tentang status kewangan beliau termasuklah sumber pendapatan yang membolehkannya membeli hadiah-hadiah mewah untuk Cik Jenner,” ulas Abir.

 
https://www.instagram.com/p/BIVgxmEBBBE/?taken-by=kyliejenner&hl=en
 

Pasangan Hollywood ini dijangka akan disoal siasat secara berasingan pada 6 Oktober 2016.