KLFWRTW DAY 4: WHO IS GEORGINA? - Glam Malaysia

KLFWRTW DAY 4: WHO IS GEORGINA?

Oleh: Nur Sofea

 

Hari ketiga minggu fesyen Kuala Lumpur menampilkan permainan rona pastel dari Cosry, Darwennah Siska, Hans Hussain for Flora yang memfokuskan pada motif corak bunga, Youme & Hunny yang bijak memainkan palet warna bumi dengan daya lebih relaks, Laguna Sydney dan Ghaania yang diilhamkan dari gaya Afrika.

 

Acara tiga petang menyaksikan ramai pereka fesyen yang menjadi tumpuan ramai seperti Kit Woo, Kittie Yiyi yang mengambil ilham warna dan corak dari lautan, Megat Alfie, Thavia by Tengku Chanela Jamidah, Zakwan Anuar dan D.D Collective. Koleksi santai dari Thavia dan koleksi mix and match seni abstract dan flora dari D.D Collective antara koleksi yang menjadi tumpuan ramai pada petang itu.

 

Acara diteruskan dengan koleksi dari pereka Korea D.GNAK yang memfokuskan pada gaya santai busana untuk lelaki serta koleksi Eclipse yang memberikan aura romantik dan tropical.

   

Celest Thoi x Sarakichi, Jimmy Lim, Hayden Koh dan Wanpa merupakan pereka fesyen yang menghiasi pentas pada tujuh malam. Wanpa tampil berani dengan koleksi penuh edgy dengan ilham dari sukan tinju serta diselitkan rona pastel. Celest Thoi berkerjasama bersama Sarakichi menjadi tumpuan utama malam itu.

See also
Yuna Tampil Dalam Grey's Anatomy

 
Pertunjukkan hari ketiga diakhiri dengan dua pereka yang dinanti ramai. House of Doll by Fazura dan Syaiful Baharim. Pentas pertunjukan dari Fazura dimulakan dengan klip drama pendek yang membariskan pelakon seperti Izara Aisyah dan Zizan. Rona biru menjadi pilihan utama Fazura dalam menghasilkan aura wanita berkuasa. Koleksi yang diberi nama Georgina ini memukau penonton sehingga tertanya siapakah sebenarnya Georgina? Syaiful Baharim pula tampil dengan gaya yang lebih klasik dengan rona warna jingga gelap bersama ungu yang cukup mewah. 

 
[soliloquy id=”51228″]