Gal Gadot Dibayar Sedikit Buat Filem Wonder Woman?

Apabila dikatakan tentang filem-filem Hollywood, pendapatan bagi setiap satu menjangkau jutaan dolar. Pelakon-pelakon utama diberikan bayaran yang ramai hanya bisa berimaginasi. Namun, buat lakonannya dalam filem blockbuster Wonder Woman, Gal Gadot dibayar hanya sebahagian kecil daripada pendapatan lazim pelakon A-list!
Lakonan hebat Gal menjadikan filem aksi Wonder Woman antara salah satu filem terbaik tahun ini. Ia juga telah memecahkan pelbagai rekod box office Barat dengan lebih $100.5 juta dalam jualan domestik pada minggu pembukaannya — filem terlaris dalam sejarah yang diarah oleh seorang wanita.

Pastinya Gal dibayar berjuta-juta jika khabar di atas sahih, tidak? Apparently not. Gal hanya dibayar $300,000 buat lakonan filem tergempar itu!
Mengikut majalah Variety, pelakon itu berkata bahawa pada tahun 2014, beliau telah menandatangan kontrak bersama Warner Bros. bagi tiga filem — Batman v Superman, Wonder Woman, dan Justice League yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Bayaran yang disetujui? $300,000 setiap filem.

Walaupun bayaran awal dianggap rendah di dunia Hollywood, terdapat beberapa cari lagi bagi Gal meraih wang dari filem tersebut. Kebanyakkan pelakon Hollywood diberi bayaran bonus jika filem mereka mendapat sambutan baik.
Wonder Woman 2 is on the way — mungkinkah Gal diberi bayaran yang lebih lumayan?
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
