Kim Kardashian dan Kylie Jenner Punyai Kembar? - Glam Malaysia

Kim Kardashian dan Kylie Jenner Punyai Kembar?

Is this even real? Kenali dua beradik yang sememangnya serupa akan Hollywood royalty, Kim Kardashian dan Kylie Jenner!

 

Berasal dari kota metropolitan Dubai, Sonia dan Fyza Ali merupakan pasangan bloggger kakak dan adik yang kian menjadi buah mulut orang ramai. Hal yang demikian bukan bersebabkan kemahiran duo ini akan cara persolekkan mereka atau gaya peribadi yang unik, tetapi kerana wajah mereka yang betul-betul seakan kembar kepada Kim Kardashian dan Kylie Jenner!

 

Kedua-dua mereka juga mempunyai blog bertemakan kecantikan dan fesyen. Dengan lebih 540,000 pengikut di laman sosial Instagram (soniaxfyza), mereka sering memuat naik gambar selfie yang kadang kala menggerunkan orang ramai kerana wajah mereka yang amat serupa akan ratu-ratu Instagram tersebut.

 

Stylecaster melaporkan bahawa Sonia dan Fyza Ali dibesarkan di United Kingdom dan kini menetap di Dubai. Apabila ditanya oleh Emirates Woman tentang persepsi ahli keluarga serta rakan rapat mereka akan persaamaan bersama ahli Kardashian-Jenner itu, Sonia dan Fyza berkata bahawa mereka (ahli keluarga dan rakan-rakan) tidak pernah perasaan akan keserupaan itu! “Hanya apabila kami berada bersama akan orang bertanya — ramai tidak mengenal kami pun! — terutamanya di Amerika Syarikat!”, kata mereka.

See also
Kylie Jenner Akan Ke Mahkamah

 

Apabila ditanya jika mereka pernah berjumpa dengan keluarga Kardashian, mereka kata mereka pernah terserempak bersama keluarga yang penuh kontroversi itu. Walaupun Sonia dan Fyza tidak pernah menonton rancangan realiti Keeping Up With the Kardashians, mereka walau bagaimanapun mempunyai rasa hormat akan cara keluarga tersebut membina empayar yang cukup terkenal daolam masa singkat.