Kate Middleton Berkongsi Pengajaran Hidupnya Untuk Minggu Kesihatan Mental Kanak-Kanak

Duchess of Cambridge Kate Middleton lazim dikenali sebagai penaung untuk beberapa badan NGO yang mementingkan kebajikan kanak-kanak dan baru-baru ini Kate dan Putera William membuat lawatan ke sebuah sekolah di Neasden (Mitchell Brook Primary School) untuk mengetengahkan kepentingan Minggu Kesihatan Mental Kanak-Kanak yang dijalankan oleh Place2Be.
A photo posted by Kensington Palace (@kensingtonroyal) on
Kate menyatakan bahawa dia sangat bertuah ketika membesar kerana keluarga beliau berupaya untuk membekalkan dia dengan zaman kanak-kanak yang selamat untuk dia membesar dan belajar.
Duchess of Cambridge itu juga menerangkan kenapa dia sangat mementingkan kesihatan mental kanak-kanak kerana dia sangat percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk memulakan hidup mereka dengan dengan permulaan yang baik.

Duke dan Duchess of Cambridge menghadiri Place2Be
Big Assembly dengan Heads Together untuk Minggu Kesihatan Mental Kanak-kanak di Mitchell Brook Primary School.
“Untuk sesetengah kanak-kanak, saya tahu yang hidup ini kadang-kadang boleh menjadi sukar dan penuh dengan cabaran. Saya percaya bahawa setiap kanak-kanak harus ada individu disekeliling mereka untuk menunjukkan mereka kasih sayang, kebaikan dan menjaga mereka semasa mereka membesar,” terang Kate lagi.

Dia juga berharap untuk menurunkan kebijaksanaan dan kebaikan yang telah diterapkan oleh ibu bapanya kepada dua orang cahaya matanya sendiri, Putera George (3) dan Puteri Charlotte (1).
Kate kemudiannya menujukan kata-kata ini kepada kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut:
Jikalau kita risau, sedih, keseorangan atau marah–perkara terbaik untuk anda lakukan adalah berbicara dengan sesiapa sahaja mengenai perasaan anda. Sama ada ibu atau bapa, guru mahupun rakan anda.
Kalau anda terlihat seseorang yang anda rasa memerlukan bantuan, cuba untuk berbaik dengan mereka. Kalau mereka keseorangan atau kelihatan sedih atau risau cuba untuk memahami mereka. Mungkin mereka hanya memerlukan satu pelukan ataupun seseorang untuk berkongsi perasaan mereka bersama.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
