Ulangtahun Pemergian Puteri Diana ke-20 Diberi Penghargaan Terbesar - Glam Malaysia

Ulangtahun Pemergian Puteri Diana ke-20 Diberi Penghargaan Terbesar

Putera Charles dan Puteri Diana
Foto: Alpha 003 18/11/1982

Ogos tahun ini mengenapkan ulangtahun pemergian Puteri Diana yang ke-20.

 

Jadi sebagai tanda peringatan atas pemergian Puteri Diana sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 1999, The Diana Award akan meraikan Puteri Diana dan hasil kerjanya ketika beliau masih hidup sepanjang tahun ini melalui beberapa acara yang mereka sudah rancangkan.

 

Organisasi yang menjalankan acara-acara seperti kempen anti-buli bakal melancarkan Anugerah Legasi peringkat antarabangsa yang akan dianugerahkan kepada 20 orang pemuda yang luar biasa dalam pencapaian mereka dan berjaya menunjukkan perubahan positif. Selain itu sebuah aplikasi dan juga satu cuti umum berdasarkan semangat kasih sayang Diana yang diberi nama ‘National Kindness Day’ mengikut laporan Express UK.

 

Puteri Diana di hadapan Taj Mahal.
Foto: David Hartley/REX/Shutterstock

Tujuan utama cuti umum itu adalah untuk menginspirasikan orang lain untuk melakukan perkara baik kepada orang lain.

 

Abang mendiang Puteri Diana, Earl Spencer memainkan peranan penting dalam perancangan aktiviti-aktiviti ini dan akan mengadakan sebuah pameran di rumah mereka yang diberi nama “Walking in Her Shoes”. Sebuah gala pengumpulan dana juga akan diadakan untuk organisasi The Diana Award.

See also
Kim Kardashian West Accidentally Membongkar Jantina Anaknya

 

Tambahan daripada acara-acara yang bakal dijalankan oleh The Diana Award, Istana Kensington juga akan menghasilkan satu taman peringatan buat Diana yang akan mempamerkan pakaian-pakaian ikonik puteri tersebut.