Di Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun Mahathir, Ally Mukhriz Bersama Pilihan Hati
Sama cantik, sama padan! Tanggal 20 April 2019 lalu menjadi detik bersejarah buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila cucu beliau, Ally Mukhriz selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya, Ezran Daud Cheah. Khabarnya, majlis yang dihadiri hanya keluarga dan kenalan rapat itu berlangsung dengan meriahnya. Yang pasti, keanggunan Ally yang baru saja berumur 23 tahun tampak menawan sekali mengenakan busana berwarna peach.

Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna Mukhriz, juga sulung dari tiga adik beradik ini juga baru sahaja menamatkan pengajian master nya dalam bidang Pemasaran Strategik di Imperial College London kini bertugas dalam bidang pengiklanan sebagai media sosial profesional. (Sumber: CLEO)

Tanpa membuang masa, kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan Ally dan pilihan hatinya. Tahniah dari kami sidang redaksi GLAM dan semoga pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

