Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Pengasas label Donna Karan International (DKI) iaitu Donna Karan akan berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pereka bagi menumpukan lebih banyak masa kepada syarikat Urban Zen Foundation miliknya. Namun dia masih kekal sebagai penasihat kepada DKI. Pengumuman itu dibuat Karan bersama label itu.
Setelah lebih 30 tahun meneraju label itu, Donna Karan berpendapat ini adalah waktu yang tepat untuknya mengundur diri. Jelasnya, “Setelah befikir secara mendalam, saya serta LVMH mencapai keputusan sepakat. Telah tiba di suatu titik kehidupan di mana saya mahu meluangkan masa untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada Urban Zen agar ia mencapai potensi sepenuhnya untuk menjalankan misi amal dengan fokus terhadap penjagaan kesihatan, pendidikan serta pemuliharaan budaya.”
Sambungnya lagi, “Donna Karan New York adalah sebahagian dari diri saya, past, present and future. Ianya adalah suatu penghormatan untuk berbicara bersama wanita mengenai Seven Easy Pieces yang selamanya mengubah cara pemakaian wanita. Saya ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang membantu membawa Donna Karan New York melangkah jauh dari jangkaan saya.”
Sementara itu DKI tidak merancang untuk mencari pengganti Karan sebaliknya akan menggantung pentas peragaan serta koleksi dari label Donna Karan Collection untuk sementara waktu. DKI juga akan menyusun semula struktur untuk lebih memberi tumpuan kepada jenama DKNY.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
