Caroline De Maigret Dipilih Menjadi Duta Dan Spokesperson Chanel - Glam Malaysia

Caroline De Maigret Dipilih Menjadi Duta Dan Spokesperson Chanel

Karl Lagerfeld and Caroline de Maigret - photo Stphane Feugre

Karl Lagerfeld dan Caroline de Maigret


 
Sudah lama Caroline de Maigret terlibat secara tidak langsung bersama Chanel. Kini model, penerbit muzik dan penulis itu dipilih menjadi duta dan spokesperson untuk jenama fesyen tersebut. Bagi Karl Lagerfeld, Maigret dipilih kerana dia merupakan pelambangan sempurna semangat Chanel bersama nilai-nilai dan falsafah hidupnya yang kuat.
 
Nama Caroline de Maigret bukan sahaja terkenal dek kerana Chanel tetapi namanya juga terkenal sebagai penulis bersama buku How to be Parisian, Wherever You Are.
 
Pertama kali Caroline de Ma bertemu dengan Karl Lagerfeld adalah pada sekitar 90-an dan berjalan di pentas Chanel kali pertama untuk koleksi musim bunga 1999 ready-to-wear di Opera Bastille. Bermula dari detik itu, Caroline de Maigret menjadi antara personaliti paling rapat dengan Chanel dan berkolaborasi dalam banyak projek bersama rumah fesyen itu.
 
Dia juga antara personaliti yang terpilih untuk dipaparkan di dalam buku  dan pameran fotografi The Little Black Jacket.Selain itu, dia turut mengisi barisa hadapan pentas Chanel tidak kiralah di Perancis atau pertunjukan pentas Chanel di luar negara seperti di Beijing, Paris in Rome dan baru-baru ini di Cuba.
 
Let’s welcome Caroline de Maigret sebagai duta baru jenama gah ini.

See also
Cara Putera William dan Putera Harry Mengenang Puteri Diana