GLAM PROMO JUNE 2017 - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

GLAM PROMO JUNE 2017

Tempoh penyertaan : 1 - 30 June 2017

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
 Menang!

Menang! 5 x Penginapan 2 hari 1 malam di Premium Pool Suites, Lexis Penang beserta sarapan untuk dua orang 

bernilai RM6,000 kesemuanya

Percutian yang menenangkan

Berlokasi di sepanjang pantai yang indah di Teluk Kumbar dan menghadap Selat Melaka, Lexis Suites Pulau Pinang bakal menjadi sebuah destinasi kepada mereka yang mendambakan lokasi percutian yang menenangkan minda.

Resort mewah dengan reka bentuk kontemporari ini direka oleh sepasukan arkitek yang handal. Setiap satu daripada 222 suite dihias menarik dan menjanjikan keselesaan buat tetamu. Lokasinya di tepi pantai menjadikan ia sebagai satu-satunya resort di pulau itu yang menawarkan kemewahan dan kemudahan kolam berenang dab wap bilik peribadi pada setiap unit. Dari Pool Suite Eksekutif yang luas dan Suite Pool Premium yang mewah kesemuanya menawarkan pemandangan laut yang indah. Istimewa, semua bilik dilengkapi katil bersaiz king dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan moden. Bercuti di Lexis Suite Pulau Pinang bukan sekadar menikmati percutian selesa dan panorama indah tetapi selera anda turut diadun sama.

See also
Senarai Pemenang GLAM - Ogos 2017

Pelbagai hidangan enak menanti untuk memenuhi selera anda. Istimewa, anda dapat menikmati hidangan sepanjang hari di resort ini. Setiap hidangan dipersembahkan dengan cara yang tersendiri dan begitu eksklusif. Lexis Suite Penang juga menyediakan ruang mesyuarat dan kemudahannya, sesuai untuk perbincangan perniagaan atau perjumpaan sosial. Untuk rekreasi, Lex Spa menawarkan pelbagai pakej yang menenangkan jauh daripada kesibukan kota. Untuk menikmati saat-saat yang menyeronokkan, Lexis Suites Penang juga menawarkan pelbagai aktiviti pantai dan air, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan serta pembinaan pasukan korporat.

 

Click here if you have issue accessing the promo form above