We Hope You Guys Are All Ready for Royal Baby #3

Tarikh Rasmi Kelahiran Baby #3 Kate Middleton & Putera William

Sebulan selepas pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Istana Kensington perihal kehamilan Kate Middleton dan Putera William, mereka telah tampil sekali lagi untuk satu lagi berita gembira buat mereka yang menanti-nantikan kedatangan cahay mata ketiga pasangan diraja ini: tarikh kelahiran royal baby tersebut.

 

Pihak Istana Kensington telah berkongsikan berita ini melalui akaun Twitter rasmi mereka dengan foto Kate dan Putera William yang tampak bahagia dalam foto tersebut dan disertakan dengan kapsyen:

 

“Duke dan Duchess of Cambridge dengan senang hatinya mengesahkan mereka bakal menerima kedatangan cahaya mata mereka menjelang April 2018.”

 

Tarikh sudah pun diumumkan namun masih tiada laporan mengenai jantina bayi tersebut. Rakyat British walau bagaimanapun sudah mula meneka nama yang akan diberikan kepada bayi tersebut. Menurut Time, seorang pembuat buku di London William Hill sudah menentukan nama Alice merupakan ramalan paling banyak dibuat diikuti dengan Elizabeth, James, dan Arthur.

See also
Seks Bikin Anda Langsing - Bahagian 1

 

Seorang lagi pembuat buku, Ladbrokes, juga meramalkan Alice sebagai nama paling diminati dan nama-nama lain adalah Arthur, Victoria, Alexandra, Albert, dan Phillip.

 

If you did not know bayi ini bakal dilahirkan dalam bulan yang sama dengan hari kelahiran nendanya, Ratu Elizabeth (21 April).

 

Enam bulan lagi, we can do this!