Personaliti GLAM: Tengku Datuk Shanaz - Glam Malaysia

Personaliti GLAM: Tengku Datuk Shanaz

Teks: Zuhairi Sahrom

 

Tengku Datuk Shanaz adalah ibu tunggal kepada seorang puteri. Anakanda kepada Yang Mulia Tengku Panglima Perang Pahang, Yang Mulia Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, adinda kepada pemerintah kerajaan negeri Pahang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Ibundanya pula ialah Almarhumah Yang Mulia Raja Nur Shamsiah, anakanda kepada Almarhum Yang Mulia Raja Mohammad Iskandar Shah. Darah yang mengalir dalam dirinya adalah campuran keturunan diRaja negeri Pahang dan Perak. Tengku Datuk Shanaz sungguh ramah orangnya dengan karakter yang sangat bersahaja.

 

“Kedua orang tua saya tegas dan berdisplin. Kami adik-beradik tidak pernah dimanjakan sewaktu membesar, the value and importance of learning to earn your own living was instilled in us from young. Pada usia 17, saya sudah mula menyara hidup sendiri dengan memperoleh pendapatan dengan menjual ruang iklan untuk majalah. Kerjaya saya bermula dalam industri perhubungan awam di Kuala Lumpur.

See also
Kenyataan Rasmi: Putera Harry Teruja Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle

 

Namun kemudian saya meninggalkan Malaysia dan terbang ke Jeddah untuk berkhidmat sebagai Business Development Manager di Al Murjan International, bank komersial milik keluarganya.

 

Menyahut peluang dan cabaran menimba pengalaman bekerja paling berharga di Timur Tengah, saya belajar cara untuk berurusan dengan keluarga diRaja seperti dari Emirates, Arab Saudi dan Jordan. Saya juga pernah bekerja di London untuk seketika dan sebelum pulang ke Malaysia 10 tahun yang lalu. Kini saya punya beberapa projek dan memutuskan untuk mencuba nasib di dalam pelbagai rencah perniagaan termasuk fesyen, crystallizing mobile phones and gadgets, juga produk kecantikan.

 

“I thoroughly enjoyed these ventures, as I have a great interest in the latest trends and lifestyle enhancers,” terang Tengku Datuk Shanaz yang memiliki hobi antaranya menunggang kuda, menyelam skuba, melukis dan mengumpul barangan antik.

 

Dia mengakui wanita alaf baru harus punya kerjaya biarpun sudah berumah tangga, kata Tengku Datuk Shanaz. “Mungkin ada yang menyangka saya duduk di rumah tanpa bekerja. Walhal saya aktif berniaga memasarkan produk sendiri. Projek terbaru saya adalah bersama beberapa rakan kongsi membuka francais asal Australia, Patissez, di Bangsar. Kami benar-benar teruja mengenainya dan menghidangkan amazing, delicious and chic-looking home-made milkshakes and desserts. We are the FreakShake Lords! Selain itu kami juga mempersembahkan hidangan makanan yang lazat dan comforting.

See also
Tip Makan Angin di Jakarta

 

 “I will also be launching a high-end tracksuit brand in Europe next year, partnering with Bulgarian designer Andreaa Musat, as I am a great fan of tracksuits myself. Pekerjaan idaman saya sejak kecil lagi adalah mencipta, mereka dan mahu berkongsi pengalaman hidup.

 

Yes, to be some kind of innovative designer, I guess. I just liked to be different and stand out in a crowd,” tambahnya dalam merencana citra perniagaan tahun baru.

 

Sebelum menoktahi bicara bersama personaliti unggul ini, saya sempat bertanyakan rahsia kejayaan wanita anggun ini, “I am by nature a ‘go-getter’. Saya bukan jenis yang cepat menyerah kalah. To me, criticism and disappointment only serve to motivate me to do better next time. Maka, saya belajar untuk menjadi lebih baik. Saya ambil kegagalan sebagai motivasi kepada diri untuk mencapai visi yang lebih baik dan bekerja lebih keras bagi mengacapi kejayaan. To me, success is sweet ‘revenge’ on whatever or whoever caused my failure. Although I am aware that one has to take some responsibility and share of the blame as well. I guess, I learnt to manage my own expectations better, and also be more careful on issues of trust.”

See also
Perubahan Sedekad Aktor Paling Kacak Hollywood