Hari Terbahagia Diraja, Rakyat Dan Negara Bhutan

Hari Terbahagia Keluarga Diraja, Rakyat Dan Negara Bhutan

Walaupun dunia sedang berjuang untuk menangani  wabak koronavirus, keluarga Raja di Bhutan sedang meraikan bayi Diraja baru. Permaisuri Jetsun Pema selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 Mac di Istana Lingkana di Thimphu.

Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Jetsun Pema

“Yang Mulia dan bayi Diraja berada dalam keadaan baik, dan Duli Yang Teramat Mulia The Gyalsey gembira dapat bertemu dengan adiknya. Yang Mulia  juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan, Zhung Dratshang dan kepada semua orang atas harapan dan doa yang baik.”- sumber istana.

Permaisuri Jetsun Pema

Para kerabat juga mengakui bahawa ini adalah saat yang bahagia untuk keluarganya, walaupun ia juga adalah masa yang sukar bagi dunia sebagai COVID-19 yang kini terus menyebar. Setakat ini, Bhutan hanya mempunyai satu kes virus yang disahkan. Dalam masa merai kegembiraan ini untuk keluarga Diraja, negara dan rakyat Bhutan, Yang Mulia turut bertitah mengingatkan semua rakyat Bhutan supaya berhati-hati, bertanggungjawab dan menyokong satu sama lain menyekat penularan virus COVID-19.

See also
GLAM Profil: Jeany Amir

Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Jetsun Pema sehingga kini masih tidak berkongsi gambar putera yang baru dilahirkan secara terbuka, sebaliknya  telah memuat turun gambar bersama anak lelaki sulung  baginda yang berusia 4 tahun, Jigme Namgyel Wangchuck, yang diambil semula pada bulan Februari untuk mengiringi pengumuman itu.

https://www.instagram.com/p/B96KgBXh2G4/