Sekitar Penyatuan Ally Mukhriz Dan Pasangan
Nampaknya ramai yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun ini, menyaksikan susunan tarikh yang cantik, kenangan hari penyatuan dua jiwa pasti tidak akan mudah luput dalam fikiran. Selain para selebriti tanah air seperti Zahirah MacWilson dan pasangan Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong dan pasangan, cucu Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga anak kepada Mukhriz Mahathir, iaitu Ally Mukhriz turut melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari yang lalu.

Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna Mukhriz, anak sulung kepada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria disatukan bersama pasangannya Ezran Daud Cheah dalam satu majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 20 Februari hanya dengan sekali lafaz. Kelihatan kedua-duanya segak dengan persalinan putih, di samping kehadiran Tun M dan isteri Tun Dr Siti Hasmah, Mukhriz dan isteri turut berkesempatan bergambar bersama.
BACA JUGA: Di Sekitar Majlis Pertunangan Cucu Tun Mahathir, Ally Mukhriz Bersama Pilihan Hati


Menerusi hantaran-hantaran gambar di ruang Instagram, Ally berkongsi beberapa foto perkahwinan untuk tatapan umum. Khabarnya, majlis persandingan bukan sahaja dirangka jurukhidmat perancangan acara, namun turut dirancang bersama dengan ahli keluarga. Malah pada majlis persandingan mereka, turut dihadiri Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Agong, serta ahli-ahli politik dan sosialit lain. Dato' Sri Siti Nurhaliza juga hadir memeriahkan majlis di samping membuat persembahan buat kedua mempelai. Jom saksikan momen-momen manis persandingan Ally Mukhriz dan pasangan. GLAM doakan semoga berbahagia hingga ke jannah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
May 26, 2026
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
May 25, 2026
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
May 25, 2026

