fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains
Derita Cinta Putus Berganti Bahagia Dipenghujungnya
GLAM Profil: Juita Jauhari
Acara Buka Puasa Eksklusif Datuk Sri Dr. Farah Khan di Mama San Kuala Lumpur
Pilihan Personaliti: Raja Nadia Sabrina

Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom

[envira-gallery id="83830"]

Sebuah jenama yang lazim dalam kalangan elit fesyen tempatan, TOD'S baru-baru ini telah membuka butik konsep mereka yang bertempat di Pavilion KL. Lengkap dengan hiasan dalamn serba mewah dan moden, TOD'S menjemput  rakan-rakan selebriti, personaliti, dan sosialit Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut. Malah upacara pembukaan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang yang juga turut membantu merasmikan pembukaan butik baru itu.

 
[envira-gallery id="83825"]

Artisan TOD'S turut diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk membantu membuat aksesori kulit mereka yang hadir mengikut citarasa mereka.

 

Berukuran 160 meter persegi, butik baru ini memberikan imej lebih moden dan kontemporari dengan rekaan dan imej yang selari dengan jenama ternama ini. Lengkap dengan lantai batu marmar dan siling tinggi, butik ini mengangkat lagi kemewahan mereka yang selari dengan vibe mewah kota Kuala Lumpur.

 

Datuk Seri Dr. Farah Khan, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, dan Massimo Caltagirone
Gambar Nic Chung

Upacara pemotongan riben dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Farah Khan, Presiden dan Pengasas The Melium Group yang membawa jenama ini ke Malaysia pada tahun 2005 diiringi oleh Massimo Caltagirone, Pengarah Kawasan Asia Pasifik, TOD'S Group.

 

Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan upacara termasuklah Neelofa, Kavita Sidhu, Siti Saleha, Danielle Graham, Jane Chuck, JC Chee, dan Lynn Lim.

15 of 17

Danielle Graham, Venice Min, dan Lynn Lim

Gambar Nic Chung

15 of 17

Danielle Graham, Venice Min, dan Lynn Lim