Upacara Pembukaan Semula COACH KLCC Diraikan Bersama Rakan Selebriti
Lebih baru, lebih moden, dan lebih Coach, butik Coach di KLCC dibuka semula sambil disaksikan teman-teman selebriti Coach di Malaysia!

Dari kiri: Francis Tan, Nur Fazura, Dizzy Dizzo, Giorgio Sarne, Anggun, Lawrence Wong & Emmanuel Ruelland
Melalui sebuah acara khas, Coach membuka semula pintu mereka buat para jemputan untuk bersama meraikan perubahan hasil sentuhan pengarah kreatif Coach Stuart Vevers sendiri bersama William Sofield, seorang pereka yang disegani.
Mengekalkan elemen kemewahan sebagai teras konsep butik tersebut, penggunaan kulit dan kayu semulajadi memberikan imej yang lebih mengujakan dan pada masa yang sama, sofistikated.
Selain Pengurus Am Tapestri Asia Tenggara dan Ocenia Emmanuel Ruelland dan Ketua Pegawai Operasi KLCC Francis Tan, rakan-rakan selebriti yang turut hadir memeriahkan acara adalah Nur Fazura, Siti Saleha, Sharifah Sakinah, Zahirah McWilson, Fattah Amin, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong, Danny Boy, dan Uriah See.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Park Hyatt KL Jadi Destinasi Wajib Buat Wanita Glamor
Apr 28, 2026
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Apr 27, 2026
5 Lokasi High-End Spa Buat Ibu
Apr 27, 2026
“Cap Tudung Instant” Penyelamat Bad Hijab Day
Apr 27, 2026
Fenty Skin Perkenal Body Collection
Apr 27, 2026
Ini Senarai Sheet Mask Yang Mampu Kembalikan Seri Wajah!
Apr 24, 2026
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
Apr 24, 2026

