Fashion Affair: Pembukaan Megah Flagship Store Max Mara di Pavilion

Foto All Is Amazing
Bertemakan taman bandar, golongan elit sosialit berhimpun atas nama fesyen dengan pembukaan besar flagship store jenama fesyen ternama lagi ikonik Max Mara di Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Mac yang lalu. Untuk memeriahkan lagi acara pembukaan eksklusif ini beberapa nama besa daripada kalangan elit ini telah dipilih untuk mengenakan ceraian terkini Max Mara persis peragawati atas pentas peragaan. YM Dato’ Indera Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz, YM Tunku Datin Myra Madihah, YM Raja Jesrina Arshad, Angela Karto, Diani Lee, Datin Joanna Low dan Nur Nadia Nasimuddin antara wanita-wanita yang berpeluang untuk mengenakan koleksi terbaru Max Mara pada malam itu. GLAM berkongsikan foto-foto eksklusif daripada malam penuh makna itu.
Jangan lupa untuk melawat flagship store Max Mara di Lot 2.56.00 dan 2.57.00 Level 2, Pavilion KL.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

