Rahsia Di Sebalik Dekorasi Kediaman Cordelia de Castellane - Glam Malaysia
Rahsia Di Sebalik Dekorasi Kediaman Cordelia de Castellane .

Rahsia Di Sebalik Dekorasi Kediaman Cordelia de Castellane

Tahun ini, Cordelia de Castellane membuka pintu kediamannya langsung menjemput anda berkongsi rahsia di sebalik hiasan hari perayaan yang diimpikan.

Kreatif mogul, Cordelia de Castellane – Direktor Dior Maison dan Baby Dior mengajak anda berpuisi dan warna menjadi kehidupan di atas meja santapan yang diselaraskan dengan karangan bunga dengan warna yang berkilauan dari merah jambu hingga aprikot. Lihat di atas mejanya bergema nuansa pinggan mangkuk dari Dior yang diilhamkan oleh Luminarie, seni bina menawan lagi menyegarkan pemandangan seperti mana dilihat di pertunjukan Cruise 2021 di Puglia, Itali.

Rahsia Di Sebalik Dekorasi Kediaman Cordelia de Castellane

Jenama pusaka keluarga yang berharga dan pilihan kepingan vintaj yang dihiasi dengan sentuhan emas yang menakjubkan. Pokok Krismas tradisional yang tersergam indah di kediaman dan dihiasi dengan perhiasan berkilau bereka bentuk dan bermotif yang dilukis dengan tangan merayakan lambang jenama ini, seperti toile de Jouy. Sebuah seni hidup yang dihidupkan semula, ia erti sebuah kegembiraan!

Koleksi The Luminarie

Ternyata segalanya dari koleksi The Luminarie agar musim perayaan lebih mempesona dan diingati. Dior Maison melancarkan koleksi yang meraikan seni Luminarie, seni bina tradisional yang menawan yang memukau pemandangan!

Lampu-lampu simbolik yang menyempurnakan momen-momen khas musim sejuk yang ditangguhkan, mewujudkan rasa escape yang didorong oleh mimpi-mimpi fairy-tale Christian Dior. Seperti karangan bunga yang mempesona, cetakan baru yang berkilauan yang dicipta oleh Maria Grazia Chiuri kini membentuk plat porselin dan dulang valet, pasu dan pelapik, serta kipas dan kusyen, dalam warna berkilauan yang menghangatkan dekorasi dalaman.

Sentuhan penamat yang menarik adalah hiasan Krismas kaca buatan tangan, lilin mewangi dan kad ucapan yang juga dihiasi magis dan kilauan. Untuk anda dapatkan mulai 23 November di butik Dior dan di dior.com, objek meningkatkan keinginan dan memanjangkan kegembiraan musim percutian yang unik, membangkit emosi yang dikongsi bersama.

See also
Ruang - Generasi Udara Segar

Pautan berkaitan: Hadiah Buat Hari Bahagia