Jom Sanitasi Tangan & Kediaman Anda Dengan Tanamera
Ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti memakai topeng muka apabila berada di luar, kerap membasuh tangan dan mensanitasikan tangan. Namun, pemilihan sanitasi tangan juga penting bagi memastikan kekotoran benar-benar hilang. Selain menghapuskan bakteria, bahan pencuci kimia dan sanitizer juga mengandungi bahan-bahan toksik seperti phenol, formaldehid, triclosan, dan pelarut petroleum – semuanya mampu merosakkan sel-sel, membran mukus, organ-organ penting dan sistem saraf. Sistem imun yang lemah juga bermakna bahawa tubuh kita tidak dapat melindungi diri daripada alahan, jangkitan, dan strain bakteria dalam jangka panjang.

Untuk memecahkan kitaran kuman ini, Tanamera telah melancarkan Surface Sanitizer baru, yang dirumus menggunakan semua bahan semula jadi dan bebas daripada alkohol, peluntur, wangian buatan, pewarna, pengawet, phthalates, dan petrokimia. Pembersih yang berkuasa dan bertindak pantas itu berkesan dalam masa 1.5 saat selepas semburan, selamat dan lembut untuk kulit bayi.

Antara kandungan terbaik digunakan adalah Colloidal Silver, minyak pokok teh dan minyak pati Lavender. Sanitizer ini sesuai digunakan di permukaan seperti tempat duduk tandas, permainan kanak-kanak, gajet, meja dan kerusi dan semestinya tangan anda. Layari tanamera.com.my untuk informasi lanjut.
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
