Triniti Arloji Ikonik - Glam Malaysia
Triniti Arloji Ikonik 01

Triniti Arloji Ikonik

Dunia horologi tidak akan sama tanpa Gérald Genta (1931-2011). Dia merupakan bapa buat lapangan horologi moden juga salah satu figura profesional paling berpengaruh sepanjang zaman

Foto GERALD GENTA HERITAGE, AUDEMARS PIGUET, IWC SCHAFFHAUSEN, PATEK PHILIPPE & GETTYIMAGES

Tidak hanya menciptakan profesion sebagai pereka jam tangan, dalam pada masa yang sama; Genta juga merupakan pakar teknikal dalam menemukan inovasi buat ketukangan kraf pembuatan jam tangan mewah. Menurut Rekod Dunia Guinness, jam tangan pertama adalah ciptaan rumah arloji Patek Philippe untuk bangsawati dari Hungary, Countess Koscowicz pada tahun 1868. Namun selama beberapa dekad ia hanya dilihat melingkari pergelangan tangan wanita sebagai ‘gelang montre’. Bagaimanapun, lelaki pertama yang memakai jam tangan lebih sukar untuk menemukan rekodnya di dalam sejarah.

Triniti Arloji Ikonik 03

Demikian, jam tangan hanya mendapat populariti di kalangan lelaki hanya selepas Perang Dunia Pertama dan sudah pasti ia wujud sebelum itu. Maka, terdapat beberapa perintis pada permulaan abad ke-20. Sewaktu Perang Dunia Pertama meletus, para askar serta juruterbang memakai jam tangan bagi memudahkan pergerakan mereka selaras dengan arahan komander juga bertujuan untuk menavigasi.

See also
Aura Cahaya Natal Sejoli

Justeru, Louis Cartier mengolah jam tangan poket lalu menemukan alternatif dengan mencipta jam tangan bertali kulit serta berpunya laman dail yang kontras. Cukup besar dan mudah dibaca dengan hanya sekali pandangan. Ini adalah elemen penting, terus ia mencatatkan salah satu jam tangan untuk juruterbang yang terawal diciptakan. Perintis penerbangan Brazil, Alberto Santos-Dumont adalah orang pertama mendemonstrasikan penerbangan bagi mengukur jarak waktu sambil mengekalkan kedua-dua tangan pada kawalan kokpit. Khabarnya Santos-Dumont memakai acap kali mengemudi pesawat selepas itu. Secara tidak langsung, jam tangan ini menemui pasaran buat pertama kali pada tahun 1911.

Triniti Arloji Ikonik 02

Sementelahan itu, kemunculan sulung jam tangan mewah tergarap dari material keluli adalah laksana Gérald Genta. Berasal dari Geneva, pada usia 20 tahun Genta usai menekuni kursus ketukangan emas dan barangan kemas. Visi kearifan Genta tampil memperkenalkan triniti arloji ikonik yakni jam tangan Royal Oak dari Audemars Piguet (1972), Ingenieur dari IWC Schaffhausen (1976) dan Nautilus dari Patek Philippe (1976). Genta juga mengolah semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang bersentuh nada moden pada tahun 1985.

See also
Interpretasi Kemewahan Versace Home

Triniti Arloji Ikonik 04

Ketiga-tiga jam tangan ini saling terkait ibarat adik-beradik sekalipun penampilan setiap satunya dipasarkan dari tiga rumah arloji yang berbeza. Perkenalan material keluli dalam lapangan jam tangan mewah berbalas susuk rekaan moden kala itu terus malar. Kerana kala itu, pembuatan jam tangan hanya diolah dari material logam mewah seperti emas dan perak. Tahun ini menyaksikan perayaan besar-besaran tatkala himpunan Royal Oak dari Audemars Piguet memasuki usianya yang ke 50 tahun. Di samping itu, ketiga-ketiga arloji ikonik ini turut tampil berpunya perincian, kemasan serta komplikasi yang pelbagai; demi memegang usaha inovasi serta daya kreativiti yang dicetuskan oleh perintis lapangan horologi moden, Genta.

Pautan berkaitan: Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV