Keunggulan Gaya Fusion Hublot - Glam Malaysia
Keunggulan Gaya Fusion Hublot 05

Keunggulan Gaya Fusion Hublot

MELAYANGKAN SISI PROFIL YANG UNIK DENGAN PENYATUAN ESTETIKA FUSION MENYANJUNG KONSTRUKSI BAHAN MONOMATERIAL BERBALAS INTENSITI NUANSA RONA MONOKROMNYA; BIG BANG INTEGRATED CERAMIC CIPTAAN HUBLOT MEMBARISKAN PARA WANITA FUSION DI DALAM MEMPERKASAKAN KESINAMBUNGAN PENYATUAN EKSPLORASI ELEMENNYA.
PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA ZUHAIRIE SAHROM PENATA GAYA YANA BAHARUDIN GAMBAR MICKY WONG@NEWSTORYBOARDS SOLEKAN KF BONG (ELVINA MOHAMAD & MIMI LANA) SYED FAIZAL (AMELIA HENDERSON & AZIRA SHAFINAZ) DANDANAN JUNO KO

TAJAAN LOKASI BAR CIRCA

Keunggulan Gaya Fusion Hublot 01

ELVINA MOHAMAD,

Aktres & Usahawan

“Memegang watak Ruhila menerusi siri drama Takdir Yang Tertulis yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, jelas sekali berjaya melonjakkan nama serta kerjaya seni saya. Sukses ini sudah lama diimpikan. Tepat memasuki usia matang ini, ruang masa membuka tirainya lalu mempertemukan saya bersamanya. Mendasari masa, saya berpendapat adalah penting buat semua individu untuk menggariskan usaha yang lebih jitu sebagai pendorong kepada kejayaan yang mendatang. Jangan sekali berpuas hati hanya kerana sudah berada dalam posisi selesa atau selamat. Don’t settle for safe!”

HUBLOT BIG BANG INTEGRATED SKY BLUE CERAMIC 42MM

See also
Formasi Prima Arloji Ilham Jauhari
DIPERBUAT DARIPADA SERAMIK BERKEMASAN GILAP SATIN. DIKUASAKAN NADI AUTOMATIK KALIBER HUB1280 UNICO DENGAN FITUR KRONOGRAF, KALIS AIR SEHINGGA 10 ATM DAN BERPUNYA RIZAB KUASA MAKSIMA 72 JAM. JAKET HATTA DOLMAT.

Keunggulan Gaya Fusion Hublot 02

AZIRA SHAFINAZ,

Penyanyi, Aktres & Pengacara

“Membintangi filem Talbis Iblis menghadirkan peluang untuk saya terbang ke Itali mewakili negara mengisi slot tayangan perdana global pada Far East Film Festival Ke-24. Ia adalah antara rincian memori serta pencapaian terunggul buat saya. Peluang yang hadir pastinya tidak bisa jatuh ke riba sekali lagi; demikian saya memanfaatkan setiap minit dan saat, serta hari umpama detik terakhir bagi menemukan kejayaan buat kerjaya peribadi. Juga bersama-sama De Fam.”

HUBLOT BIG BANG INTEGRATED GREEN CERAMIC 42MM

DIPERBUAT DARIPADA SERAMIK BERKEMASAN GILAP SATIN. DIKUASAKAN NADI AUTOMATIK KALIBER HUB1280 UNICO DENGAN FITUR KRONOGRAF, KALIS AIR SEHINGGA 10 ATM DAN BERPUNYA RIZAB KUASA MAKSIMA 72 JAM. DRESS FENDI.

Keunggulan Gaya Fusion Hublot 03

MIMI LANA,

Aktres & Model

Ibarat melihat akan keteguhan Hublot Big Bang Integrated Ceramic yang tampil diperkasa dalam kesinambungan penyatuan elemennya, saya sangat kritikal dalam membicarakan soal pencapaian diri. Sekali pun, saya bijak berdikari dalam mengatur lalu menstabilkan kehidupan peribadi sejak memasuki usia remaja; setiap hari menghadirkan peluang untuk saya mengolahkan sisi diri juga melakukan sesuatu lebih baik. Sama seperti layangan efek jam tangan ini, yang tampil bersinar memancarkan peluang agar saya terus mekar menemukan sukses buat diri.

See also
Menu Sejuk Beku Ini Sesuai Buat Ibu yang Sibuk

HUBLOT BIG BANG INTEGRATED BEIGE CERAMIC 42MM

DIPERBUAT DARIPADA SERAMIK BERKEMASAN GILAP SATIN. DIKUASAKAN NADI AUTOMATIK KALIBER HUB1280 UNICO DENGAN FITUR KRONOGRAF, KALIS AIR SEHINGGA 10 ATM DAN BERPUNYA RIZAB KUASA MAKSIMA 72 JAM. TOP LOUIS VUITTON.

Keunggulan Gaya Fusion Hublot 04

AMELIA HENDERSON,

Aktres, Pengacara & Model

“Masa adalah harta paling berharga. Demikian, sesiapa pun perlu senantiasa menjaga malah menguruskan perinciannya sehabis baik. Ini kerana, dengan ruang masa inilah yang memberi peluang untuk kita memperkasakan sisi diri; agar ia tampil lebih baik dari hari terdahulu. Oleh itu, kehadiran Hublot mengkonstruksikan barisan jam tangan mewah, dipadukan dengan penyatuan elemen fusion-nya yang tegap bakal menemani hari-hari anda di landasan yang betul.

HUBLOT BIG BANG INTEGRATED BLUE INDIGO CERAMIC 42MM

DIPERBUAT DARIPADA SERAMIK BERKEMASAN GILAP SATIN. DIKUASAKAN NADI AUTOMATIK KALIBER HUB1280 UNICO DENGAN FITUR KRONOGRAF, KALIS AIR SEHINGGA 10 ATM DAN BERPUNYA RIZAB KUASA MAKSIMA 72 JAM. DRESS KHOON HOOI.

Pautan berkaitan: Kelanjutan Eksplorasi Material Big Bang Integrated Ceramic

See also
GLAM Persona: Datin Elvina Mohamad, Bintang Hati Terkini