Jam Tangan Black Bay S&G Inklusif Buat Semua
Jam Tangan Black Bay S&G Inklusif Buat Semua

Jam Tangan Black Bay S&G Inklusif Buat Semua

Kombinasi unggul keluli dan emas kuning jam tangan Black Bay S&G tampil inklusif buat semua saiz pergelangan tangan.

Membentangkan edisi baharu Black Bay S&G dalam empat saiz yang berbeza, kini keempat-empat model ini dilengkapi dengan kaliber automatik buatan TUDOR sendiri.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto TUDOR

Model Black Bay 31, 36, 39 dan 41 S&G merangkap kombinasi keluli dan emas kuning memancarkan estetika unik buat barisan Black Bay. Keempat-empat edisi baharu ini kini dilengkapi dengan kaliber automatik buatan TUDOR.

Juga tersedia dengan bezel dihiasi berlian. Jam tangan ini tersedia dalam pilihan dail hitam, perak atau champagne. Bermula dengan nadanya yang sporty dengan ukuran jam 41mm, kemudian ia beralih rupa lebih sofistikate. Ternyata himpunan baharu kreasi Tudor ini inklusif buat semua individu.

Dibuat dengan konstruksi rangka jam yang melengkung, kesemua arloji ini diserlahkan dengan emas kuning yang digilap. Secara tidak langsung, menyuntik gaya uniseks yang sofistikated dan versatil. Didatangkan sama dengan gelang berjalur lima pautan berserta kancing T-fit yang menawarkan pelarasan mudah juga pantas dalam semua jenis saiz.

See also
Aksesori Pilihan Sosialit: Simone Ng

Dilengkapi dengan kaliber automatik termasuk rujukan MT5201 yang membawa kepada rangkaian mekanikal TUDOR yang baharu. Kaliber Pembuatan MT5201 (31mm), MT5400 (36mm), MT5602 (39mm) MT5601 (41mm), disahkan COSC dengan spring keseimbangan silikon. Kini model-model ini tampil di posisi tercanggih dalam pembuatan jam tangan teknikal.

Pautan berkaitan: 5 Jam Tangan Mengagungkan Tahun Arnab