Santai – Plane in the City Kuala Lumpur
Bagi yang mengalami aviophobia atau takut untuk terbang, Plane in the City Kuala Lumpur (PITCH KL) adalah peluang terbaik untuk merasai naik dan masuk ke dalam perut kapal terbang sambil menikmati makan malam elegan. Kapal terbang jenis Boeing 737 mendarat di tengah-tengah kesibukkan Bukit Bintang, yang menjadi lokasi PITCH KL dan Dinner in the Sky Kuala Lumpur.
Pengalaman makan malam berkonsepkan fine-dining, berlangsung selama 90 minit di ruang kokpit. Pengunjung juga berpeluang bergambar di ruang kokpit dan berjalan di atas sayap kapal terbang.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TwoSpicy Entertainment Live, Arvin Randahwa, ini adalah usaha untuk menukar persepsi negatif mengenai makanan di dalam pesawat.
Jelas Arvin, “Tiada lagi makanan seperti dalam pesawat sebelum ini, tiada lagi tempat duduk yang terhad dan tiada lagi ketakutan menaiki pesawat. "
3 hingga 4 peringkat menu mengikut jenis kelas penerbangan disediakan istimewa oleh pasukan kulinari ternama, Le Meridien Kuala Lumpur.
Plane In The City Kuala Lumpur hanya menerima 20 tetamu sahaja dalam setiap sesi makan malam untuk mengekalkan suasana yang lebih eksklusif.
Plane In The City juga menggunakan lampu landasan sebenar yang digunakan di landasan kapal terbang di seluruh dunia dan dibawakan oleh ADB Safegate, pakar teknologi lapangan terbang bagi mencipta suasana seperti berada di lapangan terbang.
Sempena Ramadan ini, anda boleh menempah tempat untuk makan malam di PITCH KL mengikut jenis kelas penerbangan Ekonomi (RM199), kelas Perniagaan (RM399) atau kelas pertama (RM999) di laman web rasmi PITCH KL www.planeinthecity.com
Slide untuk lihat gambar :-
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

