Rumah Serena Williams Yang Minimal, Moden dan Mengagumkan! - Glam Malaysia

Rumah Serena Williams Yang Minimal, Moden dan Mengagumkan!

Juara tenis dunia, Serena Williams berkongsi dekorasi dalaman rumah terbaharu miliknya di Florida, Amerika Syarikat bersama Architectural Digest yang mempunyai galeri seni tersendiri!

Pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali, Serena Williams adalah antara atlet terhebat yang menguasai gelanggang tenis antarabangsa. Bekas pemain nombor satu dunia itu baru-baru telah berkongsi dekorasi dalaman rumah baharunya yang terletak di Florida, Amerika Syarikat bersama Architectural Digest. Dan ia sangat mengagumkan!

Rumah yang berkeluasan 14,500 kaki persegi itu mulanya mempunyai stail Mediterranean Sepanyol. Serena mendapatkan khidmat kakaknya yang juga juara tenis, Venus Williams melalui sayarikat hiasan dalaman miliknya, V Starr Interiors untuk mentransformasikan menjadi moden dan lebih mnimal. Serena menceduk inspirasi daripada hiasan dalam hotel-hotel yang dilawatinya ketika perlawanan tenis di seluruh dunia.

Foto: Kredit architecturaldigest.com

Ketika menonton video Youtube Architectural Digest, saya cukup mengagumi dengan dekorasi ‘ruang tamu’ yang cukup unik. Menurut Serena, dia mahukan visi yang berkelainan lebih-lebih lagi untuk ruang tamu formal miliknya. Sebagai pencinta seni, dia merasakan lebih cool untuk memilik sebuah galeri seni yang menampilkan karya seni dan perabot unik daripada Radcliffe Bailey, keursi KAWS, Leonardo Drew, dan juga pintu kayu dari Nepal. Antara kegemarannya adalah lukisannya sendiri mempunyai elemen tiga-dimensi.

Pada pendapat saya, karya seni adalah simbol kemewahan yang sebenar. Bukannya bergantung kepada saiz rumah, jumlah kereta ataupun label tas tangan mewah yang seseorang miliki. Selain dapat memberikan sentuhan dekorasi pada rumah, karya seni akan memberikan ‘nyawa’ yang tersendiri pada sesuatu ruang. Ia dapat mengubah ‘mood’ ketika melangkah masuk ke rumah, lebih-lebih lagi selepas seharian bekerja.

Tidak sempurna rumah milikan juara tenis tanpa sebuah bilik trofi yang penempatan beberapa piala kemenangannya. Dari piala Wimbledon kepada Terbuka Amerika Syarikat dan juga Roland Garros, Serena hanya mempamerkan beberapa sahaja piala kemenangannya daripada 73 kejuaraan yang dimenanginya secara keseluruhan. Dia turut mempamerkan kotak bijirin Wheaties yang cukup istimewa buatnya.

Foto: Kredit architecturaldigest.com

Turut dipamerkan adalah ruang hiburan yang menempatkan tempat karaoke dan bar minuman. Menurut Serena, dia dan anaknya, Alexis Olympia Ohanian Jr sering berkaraoke di situ. Ruang itu juga boleh digunakan sebagai tempat menonton filem dan televisyen bersama keluarga.  

Juara tenis itu kini berada di Melbourne, Australia untuk menyertai Kejuaraan Terbuka Australia 2021 yang bermula minggu ini. Dia dalam misi untuk memecahkan rekod dengan mengejar kejuaran Grand Slam yang ke-24.

Foto: Kredit www.architecturaldigest.com

Baca lebih lanjut: Jalinan Seni Antara Hublot Dan Takashi Murakami

POST A COMMENT